Solat tepi Jalan boleh jatuh Hukum Haram – Mufti Pahang

MALAYSIA: Beberapa hari lepas telah tular gambar yang menunjukkan rakyat Malaysia solat di bahu Jalan disebabkan oleh surau yang penuh. Pelbagai reaksi telah diberikan oleh warga maya yang mana ada yang bersetuju dan juga tidak.

Ramai yang telah memberi pandangan. Berikut adalah pandangan dari orang yang layak memberi pandangan tengang hukum hakam.

Membuat sesuatu yang memudaratkan diri hukumnya adalah haram walaupun perkara dilakukan itu wajib, cuba ikhtiar supaya dapat solat pada waktu tepat dalam keadaan selamat.

Demikian komen Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung tindakan pengguna lebuh raya yang menunaikan solat Subuh di lorong keceemasan di Kilometer 32, Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) akibat kesesakan lalu lintas ketika pulang ke kampung bagi sambutan Aidiladha.

Abdul Rahman berkata, solat adalah perkara wajib dilakukan umat Islam bagaimanapun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa sebagai pokok utama.

“Matlamat memelihara agama (hifz al-din) tidak akan tercapai kecuali dengan memelihara nyaawaa (hifz al-nafs).

Begitu juga dalam situasi ini, jika membaahaayakan nyawa hukumnya adalah haram tetapi solat wajib dilakukan terutama waktu Subuh yang tidak boleh dilakukan secara jamak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, jika keadaan terdesak hingga menyebabkan pengguna jalan raya perlu menunaikan solat di tepi jalan, mereka perlu memastikan diri dan orang ramai selamat.

“Mungkin pengguna berkenaan boleh memasang lampu atau meletakkan benda supaya dapat memberitahu pengguna jalan raya lain.

“Bagaimanapun, jika keadaan terdesak, boleh melakukan solat secara menghormati waktu tetapi wajib qada sebaik tiba di destinasi masing-masing,” katanya.

Katanya, itulah pentingnya merancang perjalanan dan lebih elok mencari tempat yang bersesuaian untuk menunaikan solat.

Hari ini, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad (ANIH) menggesa orang ramai tidak menunaikan ibadah solat di lorong kecemasan lebuh raya atas faktor keselamatan.

ANIH dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya bimbang jika dibiarkan keadaan itu berterusan menyebabkan penunggang motosikal dan kenderaan lain tidak menyedari kehadiran individu sedang menunaikan solatdi lorong kecemasan.

Sebelum ini tular dua wanita bertelekung dilihat menunaikan solat di tepi lebuh raya dipercayai berhampiran Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Dulu suasana macam ni kita boleh tengok kat oversea je terutama masa dekat mesir.

Tapi sekarang ianya berlaku di Malaysia guys. MasyaAllah 😍😍.

Allah indahnya kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah pasti Allah jaga hubungan dengan kita.

Kredit Photo : Ust Zarul Salleh

Jadi selepas ini kita cuba sedaya upaya untuk solat hormat waktu dahulu sekiranya tidak dapat menunaikan solat di RNR atau kerajaan harus memikirkan alternatif sekiranya perkara ini berlaku.

Mungkin boleh sediakan tempat-tempat solat yang lebih banyak sekiranya musim perayaan muslim tiba. Apa-apun kita harus rasa bangga apabila rakyat Malaysia sangat menjaga solat. Semoga istiqomah yang belum solat tu bawa-bawa la solat dunia ni ada penghujungnya.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’