Jangan Disebabkan Politik, Bolasepak Kedah Diganggu

Jangan Disebabkan Politik, Bolasepak Kedah Diganggu

Kami yakin anda sudah mengetahui bahawa di Kedah berlakunya peralihan kuasa kerajaan negeri yang sebelum ini dipimpin oleh Pakatan Harapan kini jatuh ditangan Perikatan Nasional.

Penyokong dan peminat pasukan Helang Merah meluahkan perasaan mereka agar konflik yang berlaku dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berakhir dengan cepat.

Menurut Jurucakap Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM), Saudara Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, masalah tunggakan gaji hendaklah diselesaikan dengan cepat kerana para pemain kini sedang menunggu gaji mereka.

Tambahnya lagi, dua puluh lima kelab penyokong pasukan Kedah yang bernaung di bawah persatuan GULM meminta agar kerajaan baru dapat menyelesaikan perkara tersebut.

“Kami sangat berharap agar kepimpinan Menteri Besar Baharu, dapat menyelesaikan masalah gaji tersebut dengan kadar segera. Kami juga telah dimaklumkan ada beberapa pemain sedang membuat proses membawa perkara tersebut ke pengetahuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)”

Ada juga para pemain yang mahu menamatkan kontrak mereka bersama pasukan sekiranya isu tersebut tidak dapat diselesaikan dengan cepat.

DImaklumkan bahawa sebelum ini, Bekas Menteri Besar Kedah, ada memperuntukan sebanyak RM1.5 juta untuk persatuan membayar gaji para pemain yang masih lagi tertunggak sebelum mereka melepaskan jawatan.

Namun perkara tersebut telah dinafikan oleh Menteri Besar Baharu dalam satu sidang medianya dan beliau mengatakan bahar peruntukan baru di peringat cadangan kerana ia dibuat terlalu hampir dengan perubahan kerajaan negeri pada ketika itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*