Connect with us

Malaysia

Jangan ambil kesempatan keatas Malaysia – Brendan Gan

Published

on

Jangan ambil kesempatan keatas Malaysia - Brendan Gan

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar berita arena sukan negara yang mengatakan ramai pemain kacukan atau berdarah campuran meluahkan rasa minat untuk menyertai Harimau Malaya. Perkara ini telah mendapat perhatian daripada beberapa pemain utama negara.

Antaranya pemain waisan pertama yang Malaysia iktiraf ialah Brendan Gan. Brendan berjaya diiktiraf sebagai pemain warisan pertama selepas berjaya menukar kerakyatan dari Australia ke Malaysia pada tahun 2014.

Dia mempersoalkan sikap atau niat pemain warisan negara yang ada, apakah benar mereka mahu untuk menyarung jersi kebangaan atau mempunyai niat sebaliknya. Walaupun begitu pemain ini turut mengakui bahawa ramai diantara pemain warisan mahu mengubah kariet bolasepak mereka ke satu arah yang lebih baik.

Antara pemain warisan yang berjaya mendapat tempat dalam pasukan Harimau Malaya ialah Corbin Ong dan Matthew Davies. Mereka ini sentiasa menjadi pilihan buat skuad negara.

Brendan berjaya membuat debut nya pada tahun 2016 namun dia mengambil masa lebih dari 3 tahun sebelum menjadi pilihan utama untuk mengisi barisan 11 pemain utama.

Rupanya ramai lagi pemain warisan yang mahu untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia tetapi gagal untuk menyerlah dan mereka ini tidak pernah pun mewakili negara..

Ini membuatkan pemain ini mempersoalkan perkara tersebut, adalah mereka datang untuk mewakili negara atau mereka datang hanya sekadar mendapatkan duit.

Pemain tempatan juga ada mempersoalkan barisan pemain Malaysia apabila kini ramai dibarisi pemain naturalisasi dan warisan negara berbanding dahulu diwakili oleh pemain tempatan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular