Ambil duit KWSP Akaun 1, Ramai akan Menyesal di hari Tua Nanti kata Persatuan Pengguna

Ambil duit KWSP Akaun 1, Ramai akan Menyesal di hari Tua Nanti kata Persatuan Pengguna

MALAYSIA: Ada pihak yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju untuk rakyat mengeluarkan duit akaun 1 KWSP.

Ini disebabkan pelbagai perkara hendaklah difikirkan sebelum membuat keputusan. Riisiiko di kemudian hari adalah antara perkara yang harus dititik beratkan oleh pencarum dan kerajaan.

Jadi boleh kami katakan sekiranya ada yang mengambil duit KWSP mereka boleh menyeesal di hari tua nanti. Sekiranya mereka tidak bijak untuk menyimpan wang simpanan mereka.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya meneliti semula cadangan untuk membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengeluarkan simpanan mereka.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya berpendirian pemegang akaun tidak seharusnya dibenarkan mengeluarkan dan membelanjakan simpanan mereka yang sepatutnya digunakan untuk persaraan.

gelandangan di Malaysiagelandangan di Malaysia

Menurutnya, sebaliknya kerajaan perlu menyediakan pakej rangsangan ekonomi dengan pelan memperluaskan bantuan kepada mereka yang kehiilangan pekerjaan daripada meminta mereka menggunakan simpanan mereka untuk merangsang ekonomi.

“Ini kerana daripada 14.59 juta pencarum KWSP, 32 peratus pencarum KWSP (4.7 juta) mempunyai baki kira-kira RM1,000 dan 10 peratus (1.5 juta) mempunyai baki kira-kira RM5,000 dan ke bawah dalam akaun satu mereka.

“Dalam kata lain, dianggarkan 6.2 juta (42 peratus) pencarum KWSP tidak mempunyai RM6,000 untuk dikeluarkan.

“Andai kata mereka kembali bekerja selepas pandemik, bersara pada usia 60 tahun dan meninggal pada usia 76 tahun (purata jangka hayat rakyat Malaysia), mereka akan tidak mempunyai wang bagi lebih sedekad,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohideen berkata, CAP membantah idea pencarum mengeluarkan wang daripada akaun KWSP mengikut di bawah Seksyen 27 Akta KWSP 1991, pencarum dijamin kadar minimum 2.5 peratus setahun daripada simpanan mereka.

Dalam ucapan Belanjawan Negara 2021 Jumaat lalu, kerajaan akan membenarkan pengeluaran bulanan RM500 daripada akaun satu KWSP, berjumlah RM6,000 dalam tempoh 12 bulan.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, pada 2019, KWSP mengumumkan dividen 5.45 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.0 peratus bagi simpanan syariah.

Katanya, jika pencarum mengeluarkan simpanan akan menyebabkan mereka kehiilangan dividen dan kesannya simpanan mereka akan semakin berkurangan apabila mereka bersara.

“Dengan meminta orang ramai meneruskan kelangsungan hidup menggunakan dana persaraan mereka sendiri samalah seperti seorang bapa meminta anak-anak mereka memecahkan tabung simpanan mereka sendiri jika mereka mahukan makanan seterusnya.

“Adalah tidak bertanggungjawab ia dilakukan terutamanya dalam tempoh sukar seperti ini. Kerajaan sepatutnya mencari cara lain untuk menyediakan bantuan kepada kumpulan masyarakat yang mudah terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Mohideen mencadangkan agar pemotongan gaji 50 peratus dan faedah istimewa bagi semua ahli Parlimen dilakukan.

Selain itu beliau juga menyarankan agar kerajaan meneliti dengan serius struktur gaji mereka yang merupakan eksekutif tertinggi di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Entiti Berkaitan Kerajaan (GLE) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

“Di samping gaji dan elaun bulanan mereka, terdapat faedah istimewa dan keistimewaan serta terma imbuhan lain yang dipersetujui.

“Menurut kajian FTSE Bursa Malaysia KLCI 30 syarikat dilaporkan pada Januari 2019, eksekutif teratas GLC memperoleh pendapatan purata RM5.5 juta setahun atau sekitar RM458,300 sebulan.

“Kami menggesa kerajaan supaya memotong gaji mereka sekurang-kurangnya 25 peratus kerana RM458,300 itu hampir kepada 2,300 kali ganda daripada mereka yang bergaji RM2,000,” katanya.

Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar: FOMCA

KUALA LUMPUR – Pengeluaran caruman daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar disifatkan sebagai langkah terbaik membantu golongan terjejas dalam menampung perbelanjaan isi rumah.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pengeluaran itu dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.

“Pada masa sama, kerajaan masih meneruskan pengeluaran i-Lestari di akaun dua yang dijangka tamat pada Mac tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, mereka (pencarum) boleh mengeluarkan sehingga RM1,000 daripada akaun satu dan dua KWSP dalam meringankan beban kewangan mereka akibat wabak koronavirus (Cooviid-19),” katanya kepada Bernama.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 semalam mengumumkan kemudahan pengeluaran akaun satu KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Pada masa sama, katanya, FOMCA menyifatkan pembentangan Belanjawan 2021 sebagai menyeluruh meskipun kerajaan menghadapi pelbagai kekangan daripada segi kewangan.

“Bajet ini juga bukan sahaja mengurangkan bebanan rakyat tetapi pada masa ia bertujuan menggerakkan ekonomi negara,” katanya.

KWSP Malaysia

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dalam kenyataan bersama menyatakan secara keseluruhan, belanjawan ini boleh dilihat sebagai respons kepada cabaran yang dihadapi ketika pandemik Cooviid-19 dan kemerosotan ekonomi.

Presiden SAM, Meenakshi Raman berkata, peruntukan RM400 juta kepada semua negeri untuk perlindungan biodiversiti adalah langkah yang baik kerana ia akan membantu negeri melindungi biodiversiti dan hutan selain berharap dengan peningkatan peruntukan itu, sungai-sungai akan dilindungi dengan lebih baik sekali gus dapat mengelakkan pencemaran sehingga menyebabkan gangguan bekalan air.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader pula mengalu-alukan usaha yang diambil untuk kehidupan lebih sihat dalam kalangan rakyat termasuk membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu dan mengenakan duti eksais membabitkan semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape mulai 1 Januari 2021.

Dalam pada itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berharap golongan wanita mengambil peluang melalui peruntukan RM50 juta yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu Biznita yang bertujuan memperkasa golongan wanita dalam bidang keusahawanan.

Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan berkata usaha ini adalah untuk meningkatkan taraf sosiekonomi diri dan keluarga dengan menjadikan emas sebagai medium simpanan yang stabil serta diyakini. – Bernama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*