“Isytihar Harta, Muhyiddin dedah sehingga kini hanya 5 orang ahli kabinet belum Isytihar

Isytihar Harta, Muhyiddin dedah sehingga kini hanya 5 orang ahli kabinet belum Isytihar

MALAYSIA: Isytihar harta merupakan antara tuntutan dan manifiesto yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini. Ini adalah bagi menunjukkan aset yang mereka perolehi sebelum menjadi ahli parlimen atau yang behormat.

Rupanya di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli kabinet juga diminta untuk mengisytihar harta mereka.

Untuk laporan terkini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa 97% ahli kabinetnya telah mengisytiharkan harta masing-masing, dan sehingga kini hanya 5 orang ahli sahaja belum berbuat demikian.

Namun Perdana Menteri tidak menyebut nama 5 orang ahli kabinet tersebut tetapi menurutnya perkara itu dipandang serius olehnya.

“Saya menegaskan bahawa saya memandang perkara ini dengan serius dan meminta agar ahli kabinet tersebut segera menyempurnakannya” – Katanya di Dewan Rakyat

Perkara ini juga akan sama dilakukan di peringkat timbalan menteri dan ahli Parlimen Perikatan Nasional.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak sana (pembangkang) yang sudah menyelesaikan perkara ini” – Tambah Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Teo Nie Ching (Pakatan Harapan – Kulai) tentnag perkembangan perkara ini.

Ini selepas Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media 11 Mac lalu mengumumkan ahli kabinet dikehendaki mengisytiharkan harta dalam tempoh sebulan.

Namun Muhyiddin dalam dewan rakyat memaklumkan bahawa terdapat salah faham dalam ucapannya sebelum ini, dan beliau menjelaskan bahawa masa yang diberikan adalah 3 bulan.

Untuk pengetahuan, tataetika bagi isytihar harta ini bukan lah sebulan namun tempohnya adalah 3 bulan. Sebab itu, masa yang diberikan sudah mencukupi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*