Isu Hìna Bentuk Badan. Ini Penjelasan Pantas Usop dan Respon Sherry Al Hadad

MALAYSIA: Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop memohon maaf secara terbuka apabila terlnjur meneegur bentuk badan pengacara Sherry Alhadad di pentas akhir konsert BS2020.

Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 23, memohon maaf jika gvravannya itu disaalah anggap oleh Sherry dan orang ramai.

“Sebenarnya saya nak cakap, tadi saya ada terlepas cakap.

Saya harap semua orang tak teerasa. Sebelum apa-apa yang orang cakap pada saya dan kak, saya minta maaf,” ujar Usop secara langsung di atas pentas selepas selesai mempersembahkan lagu keduanya, sebentar tadi.

Sherry pula menggangap perkara itu sekadar guravan dan tidak mengambil hati terhadap ketelnjuran kata Usop terbabit.

“Takpe, kami faham Usop bergurau. Akak pun faham itu sekadar gvrauan,” ujar Sherry.

Pada malam minggu akhir program tersebut, Usop yang mempersembahkan lagu Arjuna nyanyian asal Dewa 19 menerima kecaman apabila secara tidak sengaja bergvrau mengenai badan Sherry sehingga netizen menganggap penyanyi itu melakukan ‘b0dy shaming’.

Usop turut mempersembahkan lagu Peluang Kedua nyanyian asal penyanyi Nabila Razali.

Selain Ucop, empat orang peserta iaitu Qody Rany, Fadh Majid, Azzam Sham dan Dinie Rashid bersaing di pentas akhir untuk berebut gelaran Big Stage 2020.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.

Kedua-dua pun saling memahami. Jadi kira settle la kata warga maya. Mereka sangat menghargai cara Usop yang pantas meminta maaf selepas sedar kes1lapannya.

Manakala Sherry pula tidak mudah melataah apabila memaafkan Usop dan hanya anggap itu hanyalah gvrauan semata-mata.

Juara Big Stage 2020 milik Azzam Sham

Penyanyi, Azzam Sham diumumkan sebagai juara program realiti Big Stage 2020 dan berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Azzam yang menyampaikan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade di pentas akhir yang berlangsung malam tadi berkata, kejuaraannya bukan miliknya seorang diri.

“Ini rezeki daripada Allah kerana bakat ini milik Allah. Allah Maha Besar.

“Sebenarnya, saya dan semua ‘adik beradik’ (peserta-peserta Big Stage 2020) adalah juara di hati peminat kami,” katanya.

Tempat kedua dimenangi oleh Usop yang menyampaikan lagu Arjuna dan Peluang Kedua, sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Qody Rany membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Dinie Rashid dan Fadh Majid. Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Big Stage 2020 diacarakan oleh dio pengacara, Alif Satar dan Sherry Alhadad di samping barisan juri tetap, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai.

Kerusi juri jemputan di pentas akhir diisi oleh penyanyi, Misha Omar manakala Presiden Netizen diwakili oleh Elly Mazlein.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*