@aishopviral Murahnya kasut ni 😍 #kasut #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
@aishopviral Selesai masalah cermin kereta tak clear 😍 #polish #cermin #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
@aishopviral Terus nampak macam kereta baru 😍 #karpet #kereta #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
Setiap isteri pasti memiliki sifat melindungi suaminya, termasuklah perasaan cemburu apabila ada pihak ketiga yang dilihat cuba mengganggu keharmonian rumah tangga. Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman menjengkelkan yang dialaminya ketika dia dan suami singgah di sebuah kedai minuman, yang turut mengundang reaksi daripada warga maya.
Menurut wanita itu, mereka singgah ke kedai tersebut yang dipenuhi dengan golongan pelajar kolej. “Saya tak terkejut pun kedai tu dipenuhi dengan student, sebab memang hotspot mereka. Kami beli air, selesai urusan, dan berjalan ke pintu keluar untuk pulang,” katanya.
Namun, ketika mereka berjalan keluar, wanita itu menyedari ada sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berbual, dan salah seorang daripada mereka dilihat memandang suaminya yang sedang mendukung anak mereka. “Perempuan tu tak perasan saya tengah tengok dia. Selepas pandang suami, dia bercakap sesuatu kepada kumpulannya, mulut dia terkumat kamit. Saya tak pasti apa yang dia cakap, tapi tiba-tiba semua mereka pandang suami saya sambil tersenyum kambing, ada yang siap gigit jari,” tambah wanita itu.
Perasaan cemburu dan marah semakin membuak-buak apabila wanita tersebut merasa dihina. “Woi betina, itu suami saya tau. Isteri dia dekat sebelah ni je. Miang sangat ke tengok laki orang? Suami tengah pegang anak pula tu, terang lagi bersuluh dia sudah berpunya,” ujar wanita itu sambil menyifatkan tindakan pelajar tersebut sebagai menjengkelkan.
Wanita tersebut tidak dapat menahan kemarahannya dan terus menegur mereka. “Saya terus sergah mereka. Dah macam budak terencat,” katanya lagi.
Bagaimanapun, komen-komen daripada warga maya memberikan pelbagai perspektif terhadap situasi tersebut. Ada yang berpendapat mungkin pelajar perempuan tersebut hanya tertarik dengan sikap suami wanita itu yang dilihat penyayang dan menjaga anak dengan baik. “Budak zaman sekarang ramai yang dahagakan kasih sayang, mungkin ayah dan ibu di rumah dah bercerai, itu sebabnya mereka ‘cair’ bila nampak lelaki yang pandai jaga anak,” kata seorang pelayar.
Selain itu, ada juga yang memberikan pandangan lebih ringan, dengan mengatakan wanita itu mungkin berlebihan dalam menilai situasi tersebut. “Entah-entah awak je yang perasan lebih, mungkin mereka tersenyum sebab tengok anak awak comel. Remaja zaman sekarang lebih ‘crush’ dengan lelaki Korea atau mat salih, tak pandang pun lelaki Melayu,” ujar seorang lagi pelayar.
Walau apa pun pandangan orang ramai, situasi ini jelas menunjukkan betapa pentingnya kepercayaan dan komunikasi dalam rumah tangga, serta bagaimana perasaan cemburu boleh timbul dalam hubungan suami isteri. Namun, ia juga mengingatkan kita bahawa kadangkala apa yang dilihat atau dirasakan tidak semestinya seburuk yang disangka.
@aishopviral Lawanya sweetshirt ni 😍 #sweatshirt #sukan #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
@aishopviral Seluar kargo jeans memang lawa 😍 #seluar #kargo #jean #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP
@aishopviral Murah seluar ni, dah la lawa 😍 #seluar #murah #fyp ♬ original sound – AI SHOP