“Baru sahaja goreng sudah habis dibeli orang” – Rezki Isteri Abam Bocey jual cempedak goreng

MALAYSIA: Selepas kehilgan suami tercinta, pelbagai msalah dihadapi pada mulanya oleh Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu balu kepada abam Bocey.

Namun kini, Siti Nurhidayah dikatakan telah mula menyibukkan diri berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng.

Menurut sumber, balu kepada Abam Bocey ini telah turun sendiri bagi menggoreng dan menjual cempedak goreng bersama adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor sewaktu dihubungi oleh wartawan.

Menurutnya:”Saya memang minat berniaga, sejak Hamzah (anaknya bersama Allahyarhaam abam) dah besar ni, saya mula untuk berniaga secara kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang” – katanya

Menurut sumber, perniagaaan tersebut sudah mula dibuka oleh Siti Nurhidayah sejak awal bulan 7. Kata Nurhidayah dia sendiri akan turun padang untuk berniaga bersama adik iparnya.

“Saya telah buka perniagaan menjual cempedak goreng ini sejak awal bulan ini. Saya akan turun ke padang berniaga bersama adik ipar saya”

Bersyukur cempedak goreng laku

Siti Nurhidayah memberi tahu bahawa dia sangat bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat disana. Ini selepas pelanggang tidak berhenti-henti untuk memberi cempedak gorengnya.

“Saya sangat bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh pelanggan, mereka datang tanpa henti ke kedai bagi membeli cempedak goreng saya”

“Saya menjual 4 biji cempedak goreng dengan harga RM2. Alhamdulillah, sambutang dari pelanggan sangat luar biasa sehingga tak menang tangan saya melayan mereka.”

“Baru sahaja saya goreng cempedak, ianya terus habis dibeli oleh orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya” – Tambahnya lagi.

Warga maya juga mendoakan agar Siti Nurhidayah terus maju jaya dalam perniagaannya ini. Semoga diberikan nikmat kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezki.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*