Imam Shah banyak dorong Hannah Delisha ke arah Agama

Rantau Asia: Berita penikahannya semalam ternyata mengejutkan ramai, pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mengakui selama ini dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsikan kisah peribadi kepada umum.

Meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya dengan suami, Imam Shah yang juga pelakon di Singapura berjalan lancar, Hannah berkata mereka memilih untuk melakukan perkara wajib terlebih dahulu.

BACA: Hannah Delisha, Suami Rancang Kahwin Sejak 5 Tahun Lalu

“Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini. Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya.

Mengenali Imam Shah sejak berlakon bersama menerusi satu drama di Singapura lima tahun lalu, Hannah berkata suaminya yang banyak mendorongnya ke arah keagamaan.

“Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.

“Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar. Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya. Ujarnya, dia akan mengumumkan majlis bersanding kelak.

“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya. Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” katanya.

Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan

Perkongsian terbaru pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati yang juga seorang pelakon Imam Shah.

Menerusi entri itu, Hannah meluahkan rasa syukur selepas lima tahun akhirnya dia sah bergelar isteri kepada Imam serta meluahkan rasa cinta pada suaminya itu.

Dalam pada itu, Imam juga turut berkongsikan gambar semasa penikahan dan menyarung cincin sekaligus mengesahkan mereka bergelar pasangan suami isteri.

Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan berita itu serta tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Hannah di atas pernikahannya itu.

Selamat pengantin baru kami ucapkan dan semoga ikatan perkahwina yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Sumber: RotiKaya

Hannah Delisha, Suami Rancang Kahwin Sejak 5 Tahun Lalu

Hari ini pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mengejutkan ramai apabila mengumumkan pernikahannya dengan jejaka pilihan hati, Imam Shah.

Tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan tersebut, pengurusnya, Dura Aiman berkata pelakon kelahiran Singapura itu sememangnya seorang yang amat berahsia terutama berkaitan hal peribadi.

“Hannah is a very very private person. (Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi). Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin.

“Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit. Hannah dan imam sudah rancang berkahwin sejak lima tahun lepas,” katanya.

Dura berkata gambar yang tular itu bukanlah adegan drama tetapi memang majlis akad nikah Hannah bersama suaminya yang juga merupakan seorang pelakon dari negara republik tersebut.

“Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

“Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” katanya.

Related Posts

‘Dengan tilam-tilam pesakit angkut balik’ Terkejut jururawat!…

Ini 6 lokasi bahaya lubang benam besar di KL?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

  • By mysumber
  • September 4, 2024
  • 22 views
Video kata2 Fattah Amin kembali tular?

Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 22 views
Rita Rudaini bengang bila ada yang masuk komen kata…

Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 29 views
Netizen perasan sesuatu selepas Hana kata macam tu…

Suami rentap tudung isteri depan cashier…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Suami rentap tudung isteri depan cashier…

Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 36 views
Kieda kongsi sesuatu, sekali Abang Tesla nak sam*n?

“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…

  • By mysumber
  • September 3, 2024
  • 30 views
“Tajuk bod*h” Rita Rudaini bengang dengan individu ini…