Hannah Delisha sah bernikah dengan Lelaki Pilihan Hati

SINGAPURA: Perkongsian terbaru pelakon dan penyanyi Hannah Delisha mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hati yang juga seorang pelakon Imam Shah.

Menerusi entri itu, Hannah meluahkan rasa syukur selepas lima tahun akhirnya dia sah bergelar isteri kepada Imam serta meluahkan rasa cinta pada suaminya itu.

Dalam pada itu, Imam juga turut berkongsikan gambar semasa penikahan dan menyarung cincin sekaligus mengesahkan mereka bergelar pasangan suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hannah Delisha (@hannahdelisha)

Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan berita itu serta tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Hannah di atas pernikahannya itu.

Selamat pengantin baru kami ucapkan dan semoga ikatan perkahwina yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Hannah Delisha Tak Suka Jaja Kisah Peribadi, Lebih Suka ‘Low Profile’

Dikatakan sukat memberi kerjasama dengan pihak media, pelakon Hannah Delisha menafikan perkara itu dan mengatakan dirinya masih sama sejak dari mula muncul dalam industri hiburan.

Menurut Hannah, tujuan dia masuk dalam industri untuk menghiburkan peminat dan tidak gembar untuk menjual kisah peribadinya kepada umum.

“Dari dulu sampailah sekarang, saya tak rasa ada perubahan yang besar pun. Saya masih Hannah Delisha yang sama. Fokus utama saya pun lebih kepada dalam soal kerja sahaja.

“Saya nak hiburkan peminat dengan hasil kerja. Baik lakonan, nyanyian atau perniagaan sekalipun. Pada yang kenal saya, tahu diri ini lebih bersikap ‘low profile’.

“Saya pun tak suka nak kecoh-keco. Saya pun tak biasa nak kongsi hal peribadi. Kalau saya rasa nak kongsi, pasti saya sedia berbuat demikian,” katanya.

Terpaksa melupakan untuk memberi tumpuan kepada bidang nyanyian buaut sementara waktu, Hannah berkata dia sentiasa terbuka menerima tawaran lakonan yang sesuai dengan imejnya.

“Sepatutnya saya nak kembali fokus dalam bidang nyanyian. Tapi tergendala sebab situasi semasa. Malah, pada masa sama saya juga akan lancarkan perniagaan baju rekaan modest untuk wanita.

“Saya tak pernah bimbang dan risau dengan rezeki saat buat keputusan bertudung. Apa yang penting saya akan buat yang terbaik dengan amanah kerja diberikan.” katanya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*