H4NTAR AKU KE PUS4T KEB4J1KAN, M44FKAN AKU

H4NTAR AKU KE PUS4T KEB4J1KAN, M44FKAN AKU

MALAYSIA “Adik, abang tak nak svs4hkan kamu, hantar saja ke rumah kebajikan dan tak perlu kamu bersvs4h-payah basuh berak serta mandikan abang,” itu ungkapan sering diluahkan Mohd Nazipu Ismail, 39, kepada adiknya, Nor Hafiza Ismail, 33.

Nor Hafiza menjaga abangnya itu yang lumpuh dan hanya mampu terbaring akibat serangan angin ahmar sejak dua tahun lalu walaupun hidupnya dengan keluarga sendiri ibarat kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Menurutnya, atas dasar tanggungjawab dan kasih pada abang kandungnya itu, dia tidak sesekali mengeluh untuk menjaga Mohd Nazipu, malah lebih menyentuh hati apabila abangnya selalu men4ng1s meminta m44f kerana menganggap menyusahkan dirinya.

“Saya selalu berbisik kepada abang agar tidak putus harapan dan berjanji akan terus menjaganya selagi hayat dikandung badan. Tiada alasan untuk saya ‘buang’ atau hantar dia ke pusat kebajikan kerana dia darah daging saya sendiri.

“Memang rutin harian saya bangun seawal jam 5 pagi menyiapkan abang dan memberi makan serta minum, sebelum ke tempat kerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Perah di sini.

“Saya baru empat bulan bekerja bagi membantu suami, Aziz Salem, 39, yang bekerja sebagai buruh.

“Bagaimanapun, saya akan pulang setiap waktu rehat untuk menjenguk abang di rumah selain memberinya makan tengah hari, sebelum kembali bekerja hingga jam 4 petang,” katanya di rumahnya di Kampung Cabang Empat, Tok Darat di sini, semalam.

Nor Hafiza yang juga ibu tiga cahaya mata berkata, abangnya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan namun tidakcukup untuk perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas setiap bulan.

Menurutnya, kerana alasan itu diaambil keputusan bekerja memandangkan tiga anaknyamasih bersekolah selain pendapatan suami tidak seberapa.

“Buat masa ini bilik yang ada saya tempatkan abang manakala kami lima beranak tidur di ruang tamu.

“Tidak mengapa, saya berkorban demi abang kerana dia tiada siapa-siapa untuk dijadikan tempat bergantung dan suami saya juga memahami serta mengizinkan saya menjaga abang di rumah ini.

“Air dicincang tak akan putus, begitu juga hubungan saya dengan abang. Terlantar bagaimana sekali pun, saya akan jaga dia selagi mampu,” katanya yang menerima kunjungan daripada Yayasan Raja Shamri, kelmarin.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*