Malaysia
Guru mengaji Tiba-tiba Bisu, Mengajar Selama 30 Tahun tanpa harap Upah
MALAYSIA: Pasir Gudang: “Isteri sudah lebih 30 tahun mengajar mengaji tanpa harapkan sebarang upah daripada anak-anak jiran, tetapi malangnya tiba-tiba suaranya hilang (bisu) sejak November lalu selepas diserang angin ahmar dan tidak dapat lagi mengajar mengaji.
“Kini dia hanya mampu membaca al-Quran dalam hati selain pergerakannya juga lambat,” kata seorang warga emas, Jali Hussin, 68, di Kampung Pasir Putih, di sini, semalam.
Jali berkata, dia dan isterinya, Siti Hasnah Abdul Ghani, 69, reda dengan ujian Allah itu dan tabah menghadapinya.
Menurutnya, walaupun tidak dikurniakan anak sejak berkahwin kira-kira 40 tahun lalu, kasih sayang kedua-dua mereka semakin erat terutama masing-masing mengalami masalah kesihatan dan perlu memberi perhatian antara sama sama lain.
Katanya, sejak tiga tahun lalu, dia menghidapi tibi dan terlantar hampir setahun dan ketika itu, Siti Hasnah sanggup keluar bekerja sebagai tukang cuci dan menjaganya selepas pulang bekerja.
“Pada masa sama, dia juga mengajar mengaji. Kini menjadi giliran saya untuk menjaganya dan terpaksa mengutip barangan lusuh di sekitar kawasan kampung dan perumahan berhampiran bagi menyara perbelanjaan harian kami berdua.
“Pendapatan harian saya kira-kira RM5 dan ia hanya diperoleh apabila berjaya mengumpul kira-kira 50 tin minuman kosong,” katanya.
Jali berkata, bagi menjimatkan kos, dia dan isterinya hanya memakan bubur nasi bersama lauk sayuran selain mereka juga dibantu adik iparnya, Asidah Abd Ghani, 52, yang tinggal di Semenchu, Kota Tinggi untuk membawa Siti Hasnah ke klinik setiap bulan.
“Bil elektrik kami pula dibayar jiran, manakala bagi kos pembelian lampin pakai buang untuk isteri, saya gunakan sejumlah wang simpanan keluarga yang kini hanya tinggal kurang RM2,000.
“Kesempitan wang juga menyebabkan kami reda untuk meneruskan kehidupan di rumah usang ini yang hanya tunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya yang tinggal di kawasan rezab sungai.
Semalam, kehidupan serba kekurangan Jali dan pasangannya menerima perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menawarkan bantuan warga emas RM300 selain barangan keperluan serta baucer bernilai keseluruhan RM1,000 daripada pasar raya Econsave Taman Scientex.
Hadir menyampaikan bantuan, Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim dan Pengurus Operasi Pasar raya Econsave Mas Imran Adam.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:49 AM
Kajang : “Niat saya adalah membantu suami selain berkongsi ilmu yang ada. Saya lakukannya kerana Allah dan ia sebahagian cara saya menjalankan tanggungjawab fardu kifayah,” kata ibu empat anak, Siti Suriana Abdul Aziz.
Siti Suriana, 44, adalah suri rumah yang mengambil upah sebagai guru mengaji sambilan bagi mengajar anak jiran di kawasan perumahannya di Flat Bandar Teknologi Kajang, Seksyen 1, di sini.
Meskipun mengalami kesempitan wang, Siti Suriana tidak berkira soal bayaran sebaliknya hanya mengambil upah seikhlas hati daripada jiran yang menghantar anak mereka mengaji dengannya.
“Saya mengambil upah mengajar anak jiran mengaji Iqra’ , al-Quran dan tajwid sejak tiga tahun lalu.
” Ia dilakukan bagi meringankan beban suami (Mohd Yunus Abd Wahid) terutama selepas tidak dapat bekerja tetap memasang khemah seperti dulu kerana tawaran kerja semakin berkurangan akibat Covid-19 dan PKP.
“Saya tidak kenakan bayaran kerana rasa bersalah dan bimbang dianggap mengambil kesempatan jadi terima saja berapa pun upah diberi.
“Kebiasaannya, ibu bapa murid membayar dengan seikhlas hati mereka dan kadangkala, ada tadika berhampiran mengundang saya mengajar mengaji di situ dengan mengenakan bayaran cuma tidak larat memenuhi semua undangan disebabkan ada darah tinggi,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Siti Suriana berkata, buat masa ini, barangan keperluan dapat dibeli dengan bantuan kerajaan negeri menggunakan kad inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Manakala, sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dibiayai oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).
“Cuma, keempat-empat anak saya masih bersekolah di tingkatan lima, tiga, satu dan tahun enam jadi agak sukar kerana mereka terpaksa bergilir-gilir menggunakan satu telefon bimbit yang ada.
“Ada kelengkapan seperti buku belum dibeli lagi namun baru-baru ini ada rakan yang juga ibu kepada murid mengaji saya memberi sumbangan jadi dapatlah saya gunakan wang itu bagi menjelaskan yuran persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) anak bongsu (Intan Nur Amina,12),” katanya.
Menyedari kesempitan wang dialami, Siti Suriana melatih dirinya dan anak untuk mengutamakan keperluan dan mengetepikan kehendak.
“Apabila ada wang lebih, saya dan suami akan dahulukannya untuk membeli barangan basah untuk dimasak seperti ayam atau ikan.
“Kami sekeluarga tidak pernah sampai ke tahap mengikat perut cuma tiada pilihan kecuali berjimat cermat,” katanya.
Sementara itu, suaminya ,Mohd Yunus, 46, berkata beliau sebelum ini bekerja tetap di sebuah syarikat kanopi dengan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM1,600.
Pada masa sama, Mohd Yunus adalah siak di Surau Al-Hidayah Bandar Teknologi Kajang namun hanya menerima elaun tahunan RM300 yang dibahagikan dengan pembantu siak.
“Disebabkan Covid-19 , tiada majlis diadakan jadi kerja semakin berkurangan dan lama kelamaan tiada langsung tawaran diterima jadi majikan tidak dapat membayar gaji penuh seperti dulu.
“Malah, sejak awal tahun ini, saya lebih banyak duduk di rumah dan baru semalam dipanggil melakukan kerja memasang khemah dengan bayaran RM50 mengikut hari bekerja.
“Syarikat ada membantu begitu juga isteri cuma buat masa ini, saya tidak dapat menyediakan keperluan lengkap khususnya buat anak sulung , Muhammad Aqashah yang memerlukan komputer riba bagi pengajiannya di Kolej Vokasional Kajang,” katanya.
-
Malaysia4 years ago
Pendedahan Mangsa buli Dirab4, Ibu mangsa Saman Sekolah dan Tuntut RM2 Juta
-
Malaysia4 years ago
Pembayaran I-Lestari untuk bulan Jun telah bermula, Cara membuat Semakan dan Permohonan
-
Bantuan4 years ago
Bantuan RM50 ‘E-Wallet’ akan dikreditkan bermula 1 Julai – Perdana Menteri
-
Malaysia4 years ago
Tarikh rayuan Bantuan GKP sebanyak RM3000 dibuka, Cara membuat Rayuan
-
Malaysia4 years ago
Tiada bukti duit RM42 juta pindah ke akaun peribadi Najib, Kes Digugurkan
-
Malaysia4 years ago
Cara membuat permohonan Bantuan JKM bagi Ibu Tunggal, Kanak-kanak, Warga emas dan OKU (Semak Status)
-
Malaysia4 years ago
Thailand gelar skuad Harimau Malaya sebagai “Johor National Team”
-
Malaysia4 years ago
SAH Pasar Malam, Gunting Rambut dibenarkan oleh kerajaan