Connect with us

Malaysia

Lim Guan Eng mungkin akan ditahan petang ini oleh SPRM, Kes 6.3 billion

Published

on

Lim Guan Eng mungkin akan ditahan petang ini oleh SPRM, Kes 6.3 billion

MALAYSIA: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka akan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuuah Malaysia (SPRM) selewat-lewatnya petang ini.

Menurut sumber dekat SPRM, Guan Eng yang juga merupakan bekas menteri kewangan itu bakal ditahan berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.

Berdasarkan siasatan dan kenyataan saksi yang direkodkan sebelum ini menunjukkan ada kes yang kuat yang mendakwa beliau. Ya, paling lewat petang ini,” kata sumber itu ringkas ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

DAP sebelum ini memaklumkan Guan Eng telah berjumpa dengan kumpulan peguamnya bagi membincangkan mengenai kemungkinan dirinya ditahan minggu ini.

Terdahulu Guan Eng telah dipanggil untuk memberi keterangan sebanyak tiga kali

Kali pertama beliau hadir bagi membantu siasatan kes itu ialah pada 26 Julai lepas selama, kira-kira tujuh jam sebelum dilihat meninggalkan pejabat SPRM pada 7.13 malam.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan beberapa individu dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, sebelum ini dilaporkan berkata siasatan adalah berkaitan pengubahan wang.

Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017.

Projek berkenaan dirancang ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP). – SuaraTV

Guan Eng ke SPRM sebelum ini 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Raasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk memberi keterangan buat kali ke-2 berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu tiba pada 12.35 tengah hari tadi dengan ditemani peguamnya RSN Rayer.

“Beliau sepatutnya beri keterangan 10 pagi tadi, tetapi lewat sampai sebab kami difahamkan kenderaan dinaiki beliau ada masalah ketika dalam perjalanan,” kata seorang pegawai SPRM kepada media di sini.

Rabu lalu, Lim memberi keterangan selama 6 jam kepada SPRM sebagai saksi dalam siasatan ke atas projek terowong dasar laut.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kerajaan Pulau Pinang dan bekas pemimpin dipanggil SPRM bagi membantu siasatan ke atas projek itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan ke atas projek RM6.3 bilion itu berkaitan dakwaan pengubahan wang dan dijangka selesai dalam 2 hingga 3 minggu.

Katanya, tanggapan kes itu sudah ditutup tidak betul kerana siasatan berterusan sejak 2017.

Beliau berkata, SPRM sudah mengambil keterangan 32 orang sehingga kini dan mahu menemubual 10 hingga 15 individu lagi.

Setakat ini, seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan dan 3 syarikat diserbu dalam siasatan ke atas projek itu. FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular