MALAYSIA: Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang a r a k.
Tular di media sosial, seorang juruwang enggan memegang botol ar ak ketika sesi pembayaran dibuat di kaunter sebuah kedai serbaneka di Johor Bharu. Tindakan juruwang itu menimbulkan rasa tidak senang kepada pembeli ar ak berkenaan.
Dengan alasan ianya ha ram dan dalam keadaan berwuduk, juruwang yang merupakan seorang gadis Melayu itu menolak untuk memegang botol ar ak tersebut.
Kerana keengganannya itu ia menyebabkan transaksi pembelian tidak dapat dilakukan dan telah menyebabkan lelaki tersebut be rang.
“Dia boleh cakap macam ini ke,” petik perbualan lelaki berkenaan tatkala memberitahu kepada seorang juruwang lain. Juruwang itu kemudiannya mengambil alih peranan, dan menyelesaikan insiden di kaunter berkenaan.
Lelaki itu akhirnya dilihat, selesai membuat pembayaran dan berkata, “Saya maafkan awak, kerana juruwang ini”. Tindakan gadis ini bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Antaranya daripada Kamar Salimon, yang berkata, “Tahniah pada adik tu kerana berpegang kuat dengan agama, moga dapat kerja yang lebih baik,”.
Sementara itu Azlan Hamzah pula berkata, “Cari kerja lain la dik yang tak terlibat dengan benda-benda ha ram.”
Menurut sumber, video ini merupakan video lama yang tular kembali.
Melihat kepada sumber video berkenaan ia merupakan video yang dimuat naik pada tahun 2018.
Namun ada juga pihak yang meminta agar pihak berkuasa menyemak kembali perkara tersebut dan mengambil tindakan sekiranya belum.
Kepada gadis tersebut, anda memang luar biasa kerana Iman anda masih lagi kuat.
Semoga anda dipermudahkan dalam urusan kerja anda. Semoga anda terus istiqomah menegakkan kebenaran, Moga Allah memberi peluang kerja yang lebih baik.
#Semoga Malaysia tidak membenarkan penjualan a r ak di semua kedai runcit 24 jam di seluruh Malaysia.