Enjin kiri pesawat terbakar, ini kronologi kes

Sebuah pesawat Air China melakukan pendaratan cemas di Singapura pada Ahad, selepas enjin kirinya terbakar hingga menyebabkan sembilan daripada 155 individu di dalam pesawat itu mengalami kecederaan ringan, kata pihak berkuasa.

Lapangan Terbang Changi dalam satu kenyataan di Facebook (FB) memaklumkan, penerbangan CA403 itu berlepas dari bandar Chengdu di barat daya China, sebelum asap dikesan pada ruang simpanan kargo hadapan dan tandas ketika pesawat itu dalam perjalanan ke Singapura.

“Pesawat itu mendarat kira-kira 4.15 petang waktu tempatan dan semua penumpang serta anak kapal dipindahkan dengan selamat.

“Api di bahagian kiri enjin sudah dipadamkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*