
MALAYSIA: Dalam satu artikel yang dikongsikan di dalam portal suara.tv pada hari ini, Shahrir Samad mengesa agar Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbincang baik-baik dengan Anwar Ibrahim luluskan bajet.
Veteran UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya berbincang dengan Ketua Pembangkang bagi mengadakan ‘gencatan politik’ dalam usaha untuk meluluskan bajet, kata Veteran UMNO Tan Sri Shahrir Samad.
Menurut Shahrir, kerajaan sepatutnya mengambil apa juga langkah secara paling bijaksana berpandukan kepada perlembagaan dan undang-undang.
“Tidak salah Ketua Dewan, iaitu Perdana Menteri, berunding dulu dengan Ketua Pembangkang untuk mencapai kebijaksanaan itu,” katanya menerusi Facebook beliau.
Beliau berkata, sekiranya Ketua Pembangkang enggan untuk berkompromi secara politik agar diadakan “gencatan politik” barulah kerajaan terpaksa melibatkan Yang Di Pertuan Agong dalam urusan berkenaan.
“Keengganan Ketua Pembangkang untuk berkompromi secara politik agar adanya “gencatan politik” untuk meluluskan bajet pentadbiran serta mengatasi kesan buruk wabak Coviid-19 terhadap kesihatan dan kehidupan rakyat, (maka) barulah Perdana Menteri dan kerajaan terpaksa melibatkan kuasa Yang Di Pertuan Agong.
“Ketua Pembangkang wajib mengutamakan keredaan politik untuk menyelamatkan rakyat dan negara dari mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya.
Bekas ahli parlimen Johor Bahru itu berkata, perubahan kerajaan patut dilakukan melalui pilihan raya umum selepas pandemik Coviid-19 kembali reda.
Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta kerajaan menangani krisis yang dihadapi negara ketika ini dengan mempertahankan perlembagaan.
Beliau berkata, kerajaan juga harus membenarkan demokrasi berfungsi, memperkemaskan respons sistem kesihatan dan keselamatan awam dan mengutamakan kepentingan rakyat biasa dengan tidak menambahkan kesusahan kepada mereka.
Tiada Daruurat
Terkini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berpendapat tiada keperluan untuk baginda mengisytiharkan darurat di Malaysia atau mana-mana bahagian di dalam negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan memeerngi wabaak Cooviid-19.
“Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan dua muka surat itu menyusul selepas Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Melayu berbincang mengenai cadangan Jemaah Menteri yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada baginda di Istana Abdulaziz Jumaat lalu.
Dalam kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah mengingatkan ahli politik supaya berhenti bermain politik yang boleh mengganggu kestabilan pemerintahan negara.
Tegas baginda, Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak Cooviid-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.
“Sesungguhnya, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap kegelisahan seluruh rakyat ekoran daripada kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Cooviid-19 di negara ini,” katanya lagi.
Jumaat lalu Muhyiddin bersama rombongan menghadap baginda bagi mempersembahkan cadangan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk meemerngi ancaaman waabak Cooviid-19 di Malaysia.
Petang tadi, Majlis Raja-Raja telah mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara bagi membincangkan perkara tersebut.-MalaysiaGazette
Leave a Reply