
Kisah seorang wanita yang didedahkan Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali.
Aduan daripada temujanji menerusi fon – dia diceraikan talak tiga menggunakan SMS (suami dah block wsap hampir setahun) bila dia tidak bersetuju dengan permohonan suami untuk bercerai.
Suami mohon untuk bercerai kerana mempunyai teman wanita lain, nak berkahwin sebab dah terlanjur dan teman wanitanya seorang janda muda ada anak kecik umur setahun tersebut, tak nak kongsi suami sebab cerai sebelum ni pun bila suami ada wanita lain.
Pesan saya; bersyukurlah kerana diceraikan daripada dibiarkan merana. Sah dan nyata bekas suami dan bakal isterinya tu sekufu – sama2 berzina. Janji Allah dalam al-Quran: wanita baik untuk lelaki yg baik, begitu juga sebaliknya…
Jangan patah semangat. Di dalam surah a-Talaq, Allah SWT berfirman yg bermaksud: “Barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup. Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga…” – ayat 2-3.
Setiap ketentuan-Nya punyai sebab dan berhikmah. Yg pasti, DIA punyai perancangan yg lebih baik untuk kita!
Teruskan hidup dan buktikan, anda boleh bahagia tanpa dia.
Percayalah! Tiba satu masa, anda akan nikmati hikmah di sebalik musibah ini…!
Saya dan ramai juga klien yg betul2 bahagia selepas cerai – dah jantan tak berguna, simpan pun buat semak kepala jaa 🙄
KOMEN NETIZEN :
elok la cerai drpd hidup dgn orang yg tak berhati perut mcm tu.. moga dipermudahkan bagi kakak tu..
Sham Sham poligami itu halal, takde sape boleh nafikan. tapi, klu ikut kisah ni, suami tu dh terlanjur dgn kekasihnya. mahu menceraikan si isteri kerana kekasih tidak mahu bermadu. wajar kah tindakan si suami tersebut?
Budak budak Sekarang kawin ikut nafsu bukan ikut agama sebab tu le bercerai berai
Sumber : mStar
Leave a Reply