
MALAYSIA: Beberapa hari lalu media telah melaporkan seorang saspek yang dikaitkan dengan aktiviti Mcau Scam dan penggubahan wang hram berjaya larikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
Difahamkan saspek yang didakwa mempunyai gelaran Datuk Seri palsu terbabit sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kgiatan jvdi dalam talian.
Bagaimanapun, saspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Susulan berita yang tular di laman sosial itu, rata-rata warganet berasa hairan macam mana saspek boleh larikan diri.
Malah beberapa pihak juga tampil mengulas isu tersebut, antaranya adalah peguam popular, Nor Zabetha.
Kalangan warganet mengenali Zabetha sebagai seorang peguam yang banyak berkongsi pengalaman mengendalikan kes membabitkan penipuan.
Malah Zabetha juga sering mengulas cerita-cerita tular seperti isu membabitkan Eira Aziera yang menghiina seorang wanita baru-baru ini.
Cerita pasal pagar
” Teringat masa zaman sekolah rendah dulu. Saya masuk acara larian, lari berpagar.
” Cikgu kata “Hah! Kamu tinggi. Kita tak cukup peserta. Kamu masuklah acara lari berpagar ni”.
” Menjadi saya yang sentiasa okay ini, terus saya setuju walaupun kaki saya gagal melompat. Bila tiba acara, habis saya tibai semua sampai jatuh.
” Satu pun tak tinggal saya jatuhkan. Diketawakan pula oleh pelajar lain. Tapi saya habiskan.
” Cumanya kagum saya, ada yang lagi hebat berjaya panjat pagar pagar SPRM dan lolos.
” Saya rasa mereka bukan sahaja kaki scammer malah wakil rumah sukan dulu. Hehe! Itu yang champion bukan main.
” Kalau saya idaklah lepas. Pagar yang kecil rupa itu pun, saya gagal. Masa kecik dulu saiz halus dari sekarang pun tetap saya gagal melompat larian berpagar.
” Baru kita kita bersorak dan meraikan secara separa berkenaan isu kemenangan berjaya diberkasnya geng-geng penyamar Polis, LHDN, Kastam dll.
” Terlepas pula. Ada rasa ralat waktu baca berita tadi. Haih..” tulis Zabetha.
Sementara itu menerusi ruangan komen pula, rata-rata warganet turut berasa hairan macam mana saspek boleh loloskan diri dengan memanjat pagar.
Malah ada yang berkata pagar di belakang SPRM itu boleh tahan juga tingginya.
” Hebat sunggut lah dia, serba boleh, menyamar boleh, lompat pagar pun boleh,” komen Zabetha sebagai membalas reaksi warganet yang pelik bagaimana saspek boleh panjat pagar walaupun berbadan besar.
Sementar itu, difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi saspek terdiri daripada dalang utama serta dua pegawai polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan jvdi dalam talian dan penipuan Macau Scam.
Sumber memaklumkan, polis sedang giat menjalankan usaha memburunya.
Polis memburu suspek utama sindiket pengubahan wang haaram bergelar Datuk Seri yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.
Menurut sumber, lelaki itu sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan jvdi dalam talian.
“Suspek dipercayai bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.
“Polis hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini
Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini sedang mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.
Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan, polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan jvdi dalam talian.
Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haaram.
Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan perintah reman, namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perjvdian di Cheras.
“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjvdian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.
“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.
Terdahulu media melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan jvdi dalam talian.
Leave a Reply