Dr Mahathir Mohamad akan menubuhkan satu lagi parti yang “akan berasas kepada pejuangan untuk orang Melayu dan peribumi” sebagaimana Bersatu yang diasaskannya sebelum ini.
“ Untuk kami teruskan perjuuangan asal kami, terpaksalah kami bebas diri atau menjadi ahli parti yang baru.
“ Ini kerana parti-parti berasas kepada Melayu dan peribumi yan wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuuangan kepada golongan yang gilakan kuasa,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary hari ini.
Bagaimanapun, jelas beliau parti baru yang belum dinamakan itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran “iaitu tidak bersama Pakatan Harapan dan tidak juga dengan Perikatan Nasional.”
Dulu Manifiesto bukan kitab suci, Kini jangan khiaanati Janji Manis – Tun Mahathir
Beliau memberikan jawapan sama ‘tidak terikat’ ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama dengan Warisan.
Menjelaskan lanjut mengenai asas perjuuangan parti baru itu, Dr Mahathir berkata matlamatnya masih bertujuan “menghapus rasuah dan kleptokrasi” dan menegaskan perjuuangan wadah politik baru itu “berasas semangat, bukan duit.”
“ Ahli hendaklah pegang kepada perjuuangan ini.
“ Tidak ada jaminan bagi sesiapa untuk jawatan tertentu dalam parti atau dalam kerajaan,” katanya.
Parti baru itu buat sementara waktu akan diterajui oleh Mahathir sebagai pengerusinya dan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai presiden.
Turut kelihatan pada sidang media hari ini ialah bekas pemimpin Bersatu, Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Shahruddin Md Salleh.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak hadir dan dikatakan sedang berada di Johor untuk meraikan majlis persaraan ibunya.
Walaupun keahlian untuk bukan Melayu masih belum diputuskan lagi, Dr Mahathir menjelaskan parti itu akan menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia.
“ Parti ini akan bersifat inklusif dan moderat dan akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang kepada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.
“ Parti ini juga bertujuan untuk menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, membohong, rasuah dan tamak akibat perbuatan pemimpin parti-parti Melayu yang lain,” katanya.
MALAYSIAKINI
Parti baru tidak pro kepada PH atau PN
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan sebuah lagi parti Melayu baharu.
Dr Mahathir berkata, beliau dilantik sebagai Pengerusi parti itu manakala Datuk Seri Muhkriz Mahathir pula sebagai Presiden.
“Parti baharu ini akan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) secepat mungkin.
“Bagaimanapun kita belum tentukan nama parti itu lagi. Seperti biasa kita akan rujuk kepada RoS dan harap RoS tak akan halang nama yang dipilih,” katanya pada sidang media di Yayasan Al Bukhary di sini sebentar tadi.
Sidang akhbar itu turut hadiri Mukhriz yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu; bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, parti baharu itu tidak terikat dengan mana-mana parti campuran iaitu tidak bersama Pakatan Harapan (PH) dan tidak juga dengan Perikatan Nasional (PN).
“Kami sedar Malaysia sudah ada banyak parti politik terutama dalam kalangan orang Melayu. Bukanlah niat kami untuk menambah kepada bilangan yang sudah ada tetapi kami menghadapi masalah luar biasa.
“Parti politik yang kami tubuh iaitu Bersatu dengan tujuan menjatuhkan kerajaan kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak telah di’hijack’ oleh Presiden Bersatu,” katanya.
Menurutnya, ekoran itu kini perjuangan parti sudah dialih dari menentang dan menghapuskan kerajaan kleptokrasi kepada bekerjasama dan menghidupkan semula kerajaan kleptokrasi.
Bagaimanapun Dr Mahathir berkata, masih ada sebahagian yang masih memegang kepada perjuangan asal, namun mereka tidak akan dicalonkan oleh parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Untuk kami teruskan perjuangan asal kami, terpaksalah kami bebas diri atau menjadi ahli parti yang baharu.
“Adalah diharap ahli biasa yang dipilih untuk bersama kami akan menjadi ahli dalam parti baharu ini. Perjuangan kami berasaskan semangat, bukan duit,” katanya.
Beliau menegaskan, parti itu akan berasaskan kepada perjuangan untuk orang Melayu dan pribumi kerana parti berasas kepada Melayu dan pribumi yang wujud hari ini telah menggadai maruah bangsa, agama dan hala tuju perjuangan kepada golongan yang gilakan kuasa.
Katanya, di dalam kegilaan mahu kekal berkuasa, perjuangan parti sedia ada itu adalah untuk menjaga kepentingan elit demi memastikan sokongan tidak hilang dan dapat kekal berkuasa.
Justeru Dr Mahathir berkata, parti baharu yang ditubuh itu akan bersifat inklusif dan moderat serta akan memperlihatkan kepada bangsa-bangsa lain bahawa orang Melayu adalah bangsa yang tidak khianat, berpegang pada janji dan tidak menolak kerjasama yang ikhlas dan berprinsip.
“Dengan ini kami juga akan pastikan yang rakyat Malaysia dari kaum-kaum yang lain juga akan mendapat pembelaan dan layanan yang sewajarnya.
“Parti ini juga bertujuan untuk menebus kembali maruah bangsa yang terpalit dengan sifat khianat, menipu, membohong, rasuah dan tamak akibat perbuatan pemimpin parti-parti Melayu yang lain.
“Mereka telah menjadikan agama dan bangsa modal untuk mendapatkan sokongan sedangkan tindak tanduk dan perbuatan mereka melanggar ajaran agama dan bertentangan dengan nilai bangsa,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, parti baharu itu juga mahu mengembalikan kehormatan negara sebagai Harimau Asia.
“Asas perjuangan kami masih untuk menghapus raasuah dan kleptokrasi. Ahli hendaklah berpegang kepada perjuangan ini.
“Tidak ada jaminan bagi sesiapa untuk jawatan tertentu dalam parti atau dalam kerajaan,” katanya.
Katanya, satu jawatankuasa disiplin akan ditubuh untuk menentukan undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan dalam parti baharu berkenaan.