Dari duit sebanyak RM900k, RM120k ditransfer ke dalam akaun ASB Syed Saddiq

Dari duit sebanyak RM900k, RM120k ditransfer ke dalam akaun ASB Syed Saddiq

MALAYSIA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendakwa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kata bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Lokman Adam atas kesalahan penyelewengan wang sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Armada.

Rakyat Malaysia rasanya sedia maklum bahawa kini Syed Saddiq dan ARMADA sedang disiasat oleh SPRM apabila dikatakan telah menyelewengkan wang sumbangan orang ramai kepada ARMADA BERSATU Enterprise.

Menurut sumber Malaysia Politik, Adam Lokman berkata bahawa orang ramai telah memberi sumbangan sebanyak RM900,000.00 kepada sayap parti Bersatu itu. 

Daripada jumlah keseluruhan duit yang telah diterima, sebanyak RM120,000.00 telah dipindahkan ke dalam akaun ASB Syed Saddiq.

Syed Saddiq telah diminta untuk bersedia disiasat dan didakwa sekiranya benar melakukan perkara tersebut.

“Maka bersedialah anda wahai Syed Saddiq, kini sudah tiada Tommy Tomato (Thomas) yang akan membantu kamu kerana kes ini bakal di dakwa oleh SPRM”

“Selain itu, jika dulu mungkin ada Latifa Koya yang akan menyelamatkan kedudukan kami, tetapi kini dia juga sudah tiada” – Lokman Adam

Sebelum ini satu laporan polis telah dibuat oleh SPRM apabila bekas pegawai Syed Saddiq, Nurul Hidayah telah membuat dakwaan palsu mengenai SPRM. Nurul Hidayah sebelum ini telah dipanggil oleh SPRM bagi memberi keterangan berkenaan kes rasuah dan penyelewengan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*