CoV-19 belum tamat, Virus Polio pula dikesan di Malaysia – Pendedahan Terkini Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Hari ini kecoh mengatakan bahawa virus polio dikesan di Labuan, Malaysia. Berikut kami kongsikan laporan akhbar dan media pada hari ini berkaitan perkara tersebut.


Menurut satu laporan dari Sabahpost dengan tajuk: Virus Polio dikesan di Labuan. Dengan mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan virus polio dalam sampel air kumbahan yang diambil di Labuan susulan daripada aktiviti survelan persekitaran menerusi persampelan yang diperluaskan ke 64 lokasi di seluruh Malaysia.

Namun menurut, Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa pengesanan virus itu disahkan oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Australia.

Namun kita harus bersyukur setakat ke hari ini tiada kes dikesan di kawasan terbabit. Menurut Dr Noor Hisham tiada kes dalam kalangan penduduk Labuan setakat hari ini berdasrakan kepada survelan Acute Flaccid Paralysis (AFP).

Selain itu, saringan dibuat keatas 41 orang kanak-kanak sihat berumur bawah 5 tahun secara rawak dibuat juga tidak menemui kes.

Oleh itu, Dr Noor Hisham meminta kepada ibu bapa membawa anak berumur bawah 13 tahun bagi menerima vaksin oral polio mengikul jadual yang dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Labuan.

Setakat ke hari ini, tiada lagi penambahan kes polio di Sabah dan bilangan kes yang disahkan polio melalui ujian makmal adalah kekal 4 kes sehingga ke hari ini.

Dr Noor Hisham menambah bahawa sekiranya ada kanak-kanak yang tidak dapat suntikan vaksin polio, maka ibu bapa dinasihatkan berbuat demikian dengan cepat.

Vaksin polio yang diberikan adalah secara suntikan dalam bentuk vaksin lima serangkap yang mengandungi komponen antigen difteria, tetanus, pertussios polio dan Haemophilus influenzae type bperlu diambil mengikut jadual yang ditetapkan pada umur 2,3 5 dan 18 bulan.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

Related Posts

[VIDEO] Perkahwinan Diraja Pada Bulan Ogos, Tengku Puteri Afzan Bakal Berkahwin?

Video : @aidnrfzh_ Kita doakan baik2 semoga dipermudahkan urusan. Amin. Nak tanya, kalau rakyat biasa boleh tak attend royal wedding??☝🏻😭saya nak tengok depan2 Credit vid: @Fafaroselan #pahangroyalfamily #tengkumuhammad #tabtms #tengkuputeriafzan…

[VIDEO] “Sewa Kilang 60k” Chef Amar Menangis Kena Kecam Gara2 Jualannya

Video :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Kid’Din Collection, Amy Search Tak Halalkan Bayaran Diterima Noordin & Kidd – ‘Kawan Sendiri Romp4k’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’

Sambut hari lahir kucing di butik mewah, ‘Money’ kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’