Cico Harahap Diracun Rakan Sendiri, Ibunya Uji Rashid Dedah Detik2 Keadaan Yang Menyedihkan Itu

Cico didakwa mengalami penyakit misteri sebenarnya adalah disebabkan perbuatan khianat rakannya sendiri yang meracun pelakon filem Mami Jarum berkenaan.

Kata Uji, selepas Cico disahkan diracun oleh rakannya pada 2016, dia dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dan terpaksa menanggung bayaran yang tinggi.

“Awak tahu saya buat apa? Saya hubungi Seniman tetapi mereka cakap tidak ada bantuan yang boleh diberikan.”

“Saya telefon Finas semua tetapi tidak dijawab. Saya menangis. Akhirnya, saya telefon kawan untuk minta bantuan kewangan.

“Alhamdulillah, hasil bantuan kewangan daripada kawan-kawan, saya dapat langsaikan bayaran bil hospital,” ujarnya.

“Sewaktu saya ke majlis pengebumian Tan Sri SM Salim, dia ada cakap nak pergi birthday kawan. Pada waktu itu saya mula tak sedap hati dan tidak mahu izinkan dia pergi.

“Tapi dia berkeras nak pergi juga dan tak balik-balik, malah tak ada telefon saya langsung. Bila saya hubunginya, telefon dia tidak aktif. Jadi, saya mula rasa ada sesuatu yang tidak kena,” ujarnya.

“Balik daripada pengebumian, saya nampak dia terlantar di katil dengan tompokan darah dan muka berbuih.

“Badan dia pada waktu itu sangat lembik, angkat tangan dia jatuh, lembik macam sayur.

“Saya gementar kerana tidak pernah dia jadi macam tu. Saya berikan dia air, habis meleleh tak masuk ke dalam mulutnya,” jelasnya.

Biarpun kesihatan Cico masih belum pulih sepenuhnya, tetapi keadaannya kini dilaporkan bertambah baik.

VIDEO :

KOMEN NETIZEN :

Allah Akan membalas segala perbuatan jahat dan penganiayaan pd orang Yg melakukannya. Jika tidak didunia, tunggulah Di Alam barzakh dan diakhirat nanti. Semoga Kak Uji tabah serta Redha dgn ujian besar dr Allah Swt. Kerana Allah hendak kurniakan Kak Uji serta Ciko sesuatu yg kita tidak duga, utk menghapuskan segala dosa2 lalu kita, utk memuliakan Seseorang yg diUji serta utk diberikan pahala yg byk Di kemudian hari. Hanya Doa dr saya Semoga Ciko diberikan keajaiban kesembuhan oleh Allah Swt. Dan dpt menjalani kehidupan Seperti biasa malah yg lebih sempurna. Aamiin

Semoga Cico diberi kesihatan seperti dahulu.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Penyayang terhadap hamba hambanya,Kami sekeluarga disini memohon kepada Allah agar kak Uji sekeluarga didlm lindongan Allah.Dilimpahkan rezeki,dipermudahkan setiap urusan.Amin amin.

Sabar kak uji.Hanya itu yg dpt kami doakan.Sekarang zaman dengki,khianat,fitnah,iri,penyakit hati bnyk sekarang ni..tktau siapa yg harus d percayai,silap kita jd mangsa pd org2 sekeliling kita.Zaman now buat baik2 berpada2 kejahatan da tkmengenal saudara atau siapa saja.Alert wf ur sorrounding.Sifat mereka berbeza jadi kita..harus hati2.Ulama aja d fitnah yg bohong d percayai yg benar d percaya.Sudah terjadi .Now kawan bolih musuh pun mereka bolih.,mintak pd Allah.Org fitnah khianat akan berjumpa d akhirat.Inshallah.Itu janji Allah.Janji Allah bener.Akan berlaku.

Sumber : Mstar / Youtube

  • Related Posts

    Usahawan Yaana Lee Dakwa Suami Suka Follow IG Wanita Seksi – ‘G4duh Fasal Ini Masa Pergi Umrah, Tapi Tiada Effort Berubah’

    Pempengaruh dan usahawan, Yaana Lee mendakwa suaminya iaitu Muhammad Hafiz menggunakan platform Instagram (IG) untuk mengikuti akaun dan melihat foto serta video wanita seksi. Suka tengok perempuan seksi? Menerusi hantaran…

    Ruhainies Syukur Banyak Terima Tawaran Dari Negara Seberang

    Meskipun terpalit dengan kontroversi panas, Ruhainies berkata tawaran  tiada mana-mana tawaran kerja dibatalkan sebaliknya hanya ditangguhkan sementara waktu. Memetik Kosmo, Ruhainies berkata drama lakonannya bersama aktor sensasi, Aliff Aziz juga tidak terjejas dan telah pun…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

    Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

    Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

    [VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’