Selepas Umum CEO Baru KWSP, Kerajaan umum pengeluaran i-Sinar tanpa syarat esok ?

Selepas Umum CEO Baru KWSP, Kerajaan umum pengeluaran i-Sinar tanpa syarat esok

MALAYSIA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pelantikan Amir Hamzah Azizan sebagai ketua pegawai elsekutif (CEO) yang baru bagi menggantikan Tunku Alizakri Alias.

KWSP berkata, pelantikan ini berkuat kuasa pada 1 Mac, 2021.

Alizakri memegang jawatan itu sejak 20 Ogos, 2018.

Amir sebelum ini merupakan presiden dan CEO kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan pengalaman 25 tahun bersama pelbagai syarikat.

“Bagi pihak KWSP, saya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tunku Alizakri atas perkhidmatan baiknya kepada KWSP,” kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini

CEO baharu KWSP perlu selami, fahami suara hati rakyat

Pergerakan Pemuda UMNO berharap pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu bukan sekadar indah khabar dari rupa.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, malah pelantikan itu mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat.

Sehubungan itu, Pergerakaan Pemuda UMNO mengalu-alukan pertukaran jawatan tersebut.

“Pemuda UMNO hanya berharap dengan pertukaran jawatan ini ini bukan sekadar ‘window dressing’ atau indah khabar dari rupa.

“Sebaliknya kepimpinan baharu KWSP mestilah benar-benar mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat yang amat berharap agar mereka dapat mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa syarat dan tanpa kriteria yang menyusahkan di kala suasana luar biasa pandemik ketika ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, keadaan luar biasa memerlukan pendekatan luar biasa.

KWSP hari ini mengesahkan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Menurut KWSP dalam satu kenyataan hari ini, pelantikan itu diumumkan selepas menerima kelulusan Kementerian Kewangan.

Kerajaan umum pengeluaran i-Sinar tanpa syarat esok?

KUALA LUMPUR – Anggota-anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka dibenar mengeluarkan simpanan masing-masing tanpa syarat melalui i-Sinar.

Biar pun ada sumber mengatakan pengumuman mungkin dibuat esok, namun satu sumber lain tidak menolak kemungkinan khabar yang ditunggu-tunggu sebahagian besar pencarum itu akan dilakukan hari ini.

Sumber MalaysiaGazette berkata, KWSP telah memulakan perbincangan mengenai pengeluaran tanpa syarat dan jumlah pengeluaran yang akan dibenarkan.

Malah, kaedah pembayaran pengeluaran i-Sinar turut diambil kira dalam perbincangan berkenaan.

Terkini Berita Gembira Pengeluaran duit KWSP i-Sinar bakal dipermudahkan

“Pengumumannya akan dibuat dalam minggu ini, bukan minggu depan,” katanya.

Difahamkan Kementerian Kewangan menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat itu.

Sumber berkenaan menambah, meskipun pada awalnya wujud kekangan untuk pengeluaran tanpa syarat, tetapi ia boleh dilaksanakan.

”Sebaik sahaja Lembaga Pengarah KWSP buat keputusan (mengenai pengeluaran), anggota-anggota KWSP akan dimaklumkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*