Pakcik ni sanggup “Cari Mask” dalam longgokan sampah, Takut kena kompoun RM1000

MALAYSIA: Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan menteri kanan kluster keselamatan sebelum ini telah memaklumkan bermula 1 ogos lalu orang ramai wajib memakai pelitup muka atau mask ketika berada di tempat awam.

Perkara ini terpaksa dibuat oleh kerajaan selepas mendapati orang ramai terlalu mengambil mudah mengenai pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam.

Jadi dengan melaksanakan peraturan tersebut ia dapat mengawal dan mendidik masyarakat agar lebih mematuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

cari mask dalam longokan sampah

Namun harga mask yang tidaklah murah sehingga ada orang susah dikatakan terpaksa mencari pelitup muka tersebut di dalam longokan sampah.

Kami tidak tahu sejauh mana kebenaran perkara ini, namun sekiranya betul amatlah mnyediihkan hati ini apabila mengetahui perkara itu berlaku. Di media sosial ada yang pertikaian kesohihan perkara tersebut.

Tetapi sekiranya kita fikir pasti akan ada yang buat benda tu sebab kesempitan hidup. Dan mereka ini tidak terdedah kepada maklumat kerajaan yang mana pelitup muka tidak boleh dikongsi.

Pelbagai reaksi di berikan di dalam tweet tersebut. Namun apa yang kami boleh katakan adalah sekiranya kerajaan memahami rakyat marhaen kami berharap suatu hari nanti kerajaan menyediakan mask muka untuk rakyat yang tidak berkemampuan.

Bayangkan keluarga yang kurang senang mempunyai anak ramai yang bersekolah. Berapa banyak kos terpaksa mereka keluarkan untuk membeli mask. Jadi fikir-fikirkanlah

PDRM sudah mula mengambil tindakan

SUNGAI PETANI: Mulai hari ini, polis tidak lagi memberi nasihat atau amaaran kepada orang ramai atau pemilik premis yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Cov-19 yang ditetapkan.

Mereka yang didapati tidak mematuhi SOP atau mengabaikan langkah pencegahan ditetapkan kerajaan akan dikompaun RM1,000.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata tindakan tegas itu terpaksa diambil berikutan masyarakat mula mengabaikan pematuhan SOP.

“Kita bimbang melihat ramai yang tidak mematuhi SOP dan ini dikhuatiri akan menyebabkan peningkatan kes Cov-19,” katanya di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya bimbang kes harian Cov-19 terus meningkat terutama membabitkan penularan dalam negara. Jumlah kes aktif semalam meningkat kepada 130, melebihi 100 yang dicatatkan pada 19 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, pemantauan polis di beberapa lokasi antaranya premis makanan, perniagaan, masjid dan rumah ibadat, stesen pengangkutan awam, majlis keraian, tempat riadah dan pusat tumpuan lain mendapati orang ramai mulai mengabaikan aspek penjarakan sosial.

Katanya, antara aspek pelanggaran SOP yang dikesan ialah tiada laluan keluar masuk yang ditetapkan pada premis tertentu, tiada kod QR atau mengambil butiran pelanggan seperti pemeriksaan suhu badan, nama dan nombor telefon. Orang ramai juga dikesan tidak mengamalkan penjarakan sosial terutama di tempat awam selain ibu bapa tidak mengawal pergerakan anak-anak daripada bercampur dengan individu yang lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*