CARA SEMAK SARA 2025 : CEK STATUS KELAYAKAN TERIMA ATAU TIDAK

CARA SEMAK SARA 2025 : CEK STATUS KELAYAKAN TERIMA ATAU TIDAK

Hasil peningkatan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion bagi tahun 2025, program ini akan diperluas kepada 5.4 juta penerima berbanding 700,000 penerima sedia ada dengan pembayaran sehingga RM2,100 setahun yang akan dikreditkan secara bulanan ke MyKad bermula April 2025.

BACA JUGA : BANTUAN ASAS SARA 2025

SYARAT KELAYAKAN SARA

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

CARA SEMAK SARA 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTALPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal Rasmi MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  • Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  • Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  • Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  • Seterusnya, Klik [Semak Status]
  • Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  • Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  • Klik pada ruangan [Semakan Status]
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Semakan Permohonan
  • Maklumat Pembayaran
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  • Selesai.

JUMLAH DUIT MYKASIH SARA 2025 DALAM IC

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 2,100
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga EmasTiada Pasangan RM 1,650
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
BujangRM 600
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025 (BUKAN EKASIH)KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM 900
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada PasanganRM 450
RM50/bulan (bermula April – Disember)

CARA GUNA DUIT MYKASIH SARA 2025 DALAM IC

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima adalah untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan MyKad.

CARA BELI BARANG ASAS MYKASIH SARA MENGGUNAKAN IC

  • Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
    • Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
    • Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
    • Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
    • Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
    • Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : info@mykasih.com

Leave a Comment