
MALAYSIA: Tiada yang lebih berwibawa daripada kalangan pemimpin UMN0 mahupun PAS untuk menjadi Perd4na Mnteri buat masa kini.“, ujar bekas Ketua Pemuda UMN0, Khairy Jamaluddin.
Ahli Parlimen Rembau itu menambah, mengikut definisi kewibawaan, ia dimiliki oleh Perdna Mnteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Selagi kita mendokong ker4jaan sedia ada, maka Perdna Mnteri yang kita dokong adalah Muhyiddin Yassin, soal PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.
“Kalau kita tengok daripada segi rkyat (penerimaan) telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidikan dan itu adalah hakikat (rkyat mengakui kewibawaan Muhyiddin),” ujarnya menurut sumber.
Khairy bersuara sedemikian sewaktu ditanya soalan berkenaan calon Perdna Mnteri dalam UMN0 dalam PRU Ke-15 kelak. Tanggal 2 September lalu, kadar penerimaan kepimpinan Tan Sri Muhyyidin Yassin adalah sebanyak 69 peratus menurut tinjauan badan penyelidik Merdeka Center.
Tambahan, parti Perikatan Nasional (PN) lebih diterima secara umum berbanding Muafakat Nasional (MN) atau BN. Rata-rata responden berbangsa Melayu menyokong parti UMN0 dan PAS untuk sertai PN.
Tanggal 1 Julai lalu, Annuar Musa selaku Setiausaha Agung BN mengatakan UMN0 dan PAS dalam gabungan MN akan sokong Muhyiddin sebagai Perdna Mnteri jika pilihan raya dilaksanakan secara mengejvt. Namun, Annuar kata dia tidak dapat ujar pendirian MN pada masa hadapan.
Dalam pada itu, berkenaan Pengerusi Jemaah Penasihat UMN0, Tengku Razaleigh Hazmah menggesa meminta pemimpin UMN0 dalam kabinet PN untuk mengvndurkan diri daripada jawatan masing-masing, Khairy ujar isv itu bergantvng kepada Majlis Tertinggi (MT).
Tengku Razaleigh menambah, jika pihak MT UMN0 berkeputusan untuk tidak lagi mendokong kerjaan kini, maka itu merupakan arahan untuk tidak sertai jemaah menteri PN.
“Setakat ini, MT UMN0 yang merupakan badan tertinggi parti lebih tinggi daripada mana-mana individu telah buat keputusan untuk mendukung kerajaan sedia ada, itu adalah pendirian kita dan kita kena buat pendirian secara kolektif,” katanya.
Khairy turut mengatakan pihak UMN0 layak mendapat pembahagian kerusi paling banyak berdasarkan aspek kekuatan, pengaruh dan kepimpinan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Saya harap tidak ada apa-apa pertlndihan supaya dapat diadakan pengagihan secara adil dan saksama dengan p4rti-p4rti lain.
“Tapi saya harap juga UMN0 akan bertanding majoriti kerusi sebab kalau lihat dari kekuatan bilangan kerusi diberikan kepada UMN0 Sabah, saya rasa perlu lebih banyak.
“Formula itu kita serah kepada pucuk pimpinan tetapi daripada segi prinsip dia, daripada segi kekuatan, daripada segi pengaruh, daripada segi kepemimpinan, saya rasa UMN0 wajar terima kerusi yang paling banyak,” katanya lagi.
P4S sokong Muhyiddin
Sebelum ini dalam laporan akhbar pada 2 Julai yang lalu UMN0 dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa, berkata keputusan itu dibincang dalam mesyuarat bersama baru-baru ini.
Justeru, beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendapat sokongan kedua-dua parti Melayu Islam terbesar.
“Mesyuarat bersama pemandu Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS membincangkan perkara itu di peringkat jawatankuasa yang mana kita telah bersetuju untuk terus beri sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan beliau adalah anggota kepada gabungan PN (Perikatan Nasional).
“Untuk pilihan raya akan datang, secara prinsipnya kedua-dua parti telah bersetuju untuk menamakan atau menyokong Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.
“Di peringkat jawatankuasa bersama MN yang mana saya setiausaha agungnya, …betul memang apa disebutkan oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) itu adalah perkara yang telah dibincangkan bersama PAS dan UMNO. Dalam soal ini (ia) adalah pendirian (kami) sama. Saya sahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat tawaran permit sementara waktu terhad Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada 97 penjaja di Setapak Indah, di sini, hari ini.
Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, keputusan itu akan dibawa ke saluran parti masing-masing untuk perbincangan lanjut.
Leave a Reply