Tun Mahathir beri cadangan agar potong 10 peratus Gaji Kakitangan Awam dan Swasta

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan agar mereka yang berpendapatan tinggi dalam sektor awam atau swasta menyumbang 10 peratus daripada gaji mereka untuk membantu golongan miskin semasa pandemik Cooviid-19 ini.

Beliau berkata wang itu boleh digunakan untuk membekalkan makanan kepada penganggur dan mereka yang tidak berpendapatan.

“Ini satu pengorbanan tetapi saya tidak rasa ini akan menjejaskan mereka jika ada satu tahap pemotongan yang munasabah, katakanlah RM20,000 sebulan.

“Pandemik ini paling menjejaskan golongan miskin. Mereka yang kehilangan pekerjaan dan peniaga kecil tidak mempunyai pendapatan langsung. Mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak memperoleh pendapatan, mereka tidak akan mempunyai wang untuk membeli makanan. Mereka akan kelaparan.

“Sebaliknya, mereka yang dibayar gaji yang tinggi terus memperoleh lebih daripada keperluan harian mereka. Sudah tentu, mereka yang diberi gaji tinggi, seperti kakitangan syarikat penerbangan dan eksekutif perniagaan mungkin juga kehilangan pekerjaan,” kata beliau dalam blognya di http://chedet.cc hari ini sebagai respons kepada Belanjawan 2021 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Sementara itu, Dr Mahathir juga berharap ia akan diubah suai agar menjadi lebih realistik dan rakyat termasuk ahli politik dapat menyokongnya.

“Walaupun keadaan ekonomi memerlukan lebih banyak wang dibelanjakan oleh kerajaan, pandemik ini juga mempengaruhi pendapatan kerajaan.

“Belanjawan ini untuk 2021. Unjuran pemulihan ekonomi terlalu optimistik,” katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat lepas dengan peruntukan RM322.5 bilion, tertinggi dalam sejarah negara dalam menghadapi pelbagai cabaran akibat pandemik Cooviid-19.

— BERNAMA via WowBerita

Belanjawan 2021 perlu lebih realistik – Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Belanjawan 2021 perlu diubah suai menjadi lebih realistik untuk mendapat sokongannya di Parlimen.

Ahli Parlimen Langkawi itu mengakui, beliau takut kerana belanjawan kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah, tetapi kerajaan tidak mampu membiayainya ekoran keadaan ekonomi sekarang.

Dakwanya, kerajaan akan mempunyai defisit perbelanjaan sebanyak RM85 bilion.

Ini kerana kerajaan dijangka mengutip hasil sebanyak RM236.9 bilion pada tahun berikutnya, tetapi perlu membelanjakan RM322.5 bilion untuk membiayai belanjawan.

tun mahathir belanjawan 2021

“Soalan saya adalah dari mana wang (untuk membiayai Belanjawan) akan datang.

“Defisit dikatakan sekitar RM85 bilion, lebih besar daripada perbelanjaan pembangunan sejumlah RM69 bilion,” katanya.

Akibatnya, kata Dr Mahathir, kerajaan terpaksa meminjam wang untuk membiayai belanjawan, yang akan meningkatkan hutang negara kepada kira kira RM1.3 trilion.

Beliau berkata demikian dalam catatan terbaharu di blog peribadinya (chedet.cc) pada Isnin.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menjelaskan bagaimana beliau memperolehi unjuran hutang tersebut.

“Semua industri (selain industri sarung tangan getah) terjejas teruk. Saya berpendapat kutipan cukai korporat tidak akan sampai dua pertiga pun daripada kutipan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, unjuran prestasi ekonomi dalam belanjawan kali ini juga terlalu optimistik.

Jika ada penemuan vaksin COVID-19 ditemui pada tahun depan, ekonomi negara tidak akan pulih sepenuhnya dalam tahun yang sama, tambahnya.

“Kita masih boleh memotong kos operasi dan pembangunan. Sejak 15 tahun lepas, kadar gaji naik dengan begitu cepat – hingga 25 peratus sekali kenaikan. Menteri dan ahli Parlimen diberi banyak elaun.

“Peningkatannya begitu tinggi sehingga semua orang berminat untuk menjadi ahli Parlimen dan Menteri,” ujarnya.

Justeru, Dr Mahathir berkata kerajaan sepatutnya berusaha mengurangkan kos dan mengecilkan belanjawan kali ini.

Ini termasuk memotong 30 peratus gaji menteri, dan 10 peratus gaji penjawat awam yang berpendapatan lebih RM20,000 sebulan.

Menurutnya, wang ini boleh digunakan untuk membeli makanan bagi mereka yang hilang punca pendapatan.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’