
MALAYSIA: Tun Mahathir dikenali sebagai seorang pemimpin negara yang cukup hebat. Berjaya memimpin lebih 20 tahun ketika menjadi Perdana Menteri ke-4. Negarawan ini juga berjaya menjadi pemimpin no 1 Malaysia yang meletakkan jawatannya dan ini semua sejarahnya.
Namun apa yang dikatakannya sepatutnya rakyat nilai betul-betul. Kerana dari 10 apa yang dikatanya mungkin 3 sahaja yang betul yang lain hanya kata sekadar kata. Berikut kami kongsikan kepada anda kisah Tun Mahathir.
Manifiesto bukan kitab suci
Pernah atau tidak anda mendengar perkataan tersebut apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri. Banyak daripada manifiesto Pakatan Harapan tidak dapat ditunaikannya dan beliau berkata bahawa itu bukan rujukkan atau boleh dikatakan itu bukan janji mereka.
Perdana Menteri tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan “kitab suci” yang wajib dipatuhi dalam pelantikan speaker Dewan Rakyat.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui HARAPAN tidak dapat melantik speaker dari kalangan anggota parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.
“(Ya), tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan.
“Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.
Pengerusi HARAPAN itu juga menambah bahawa orang awam mahukan speaker yang tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof mengangkat sumpah sebagai speaker baru.
Pelantikan Mohamad Ariff yang juga merupakan bekas anggota Parti Amanah Negara (AMANAH), bagaimanapun mendapat bantahan daripada anggota parlimen BN dan PAS yang menyifatkan lantikan itu tidak mematuhi peraturan Dewan Rakyat.
Berdasarkan peruntukan 4 (1), nama speaker perlu diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang buat kali pertama, yang bererti, Pakatan Harapan perlu menyerahkan nama calon speaker sebelum 2 Julai.
Bagaimanapun, terdapat kekeliruan dilihat di kalangan pemimpin HARAPAN apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong mendakwa nama calon speaker diserahkan pada 2 Julai sementara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata pihaknya membincangkan perkara itu pada 8 Julai.
Ketika ditanya berhubung percanggahan tarikh itu, Dr Mahathir bertegas bahawa HARAPAN menyerahkan nama calon speaker pada 2 Julai.
“Tiada pertukaran tarikh. Ia sudah disediakan terlebih awal, jadi bila saya tandatangan saya yang letak tarikh,” katanya.
Jangan beri janji manis kepada rakyat
Dr Mahathir Mohamad mengingatkan wakil rakyat tidak melupakan janji dibuat pada pilihan raya umum lalu dan amanah diberikan rakyat, selepas beberapa wakil rakyat bertukar kem.
Bekas perdana menteri itu berkata, tindakan itu tidak wajar kerana ia mengkhianati amanah dan mandat yang diberikan rakyat kepada mereka selepas dipilih sebagai wakil rakyat.
“Yang jadi masalah di negara kita, setelah rakyat pilih kerajaan, ada cara digunakan untuk menidakkan pilihan rakyat. Ini saya fikir sesuatu yang tidak baik, tidak patut dilakukan kerana kita janji kepada rakyat, kerana janji kita itu, maka rakyat sokong kita.
“Kita mesti tunaikan janji, tetapi sebaliknya walaupun kita janji, kita gunakan kedudukan kita untuk menolak pilihan rakyat. Ini tidak baik, atau ada cara boleh buat demikian, kita tidak harus buat demikian,” katanya dalam forum bertajuk “Wawasan 2020” malam tadi.
Beliau menjawab soalan berhubung tindakan beberapa wakil rakyat bertukar kem untuk menyokong bekas ketua menteri, Musa Aman yang cuba menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Warisan.
Mahathir berkata, wakil rakyat tidak patut mengubah pegangan dan prinsip mereka, walaupun parti yang disertainya beralih arah dan menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.
“Apa yang berlaku kadang-kadang bukan parti yang menyeleweng, tetapi janji-janji manis yang dibuat pihak lain, kita lupa janji yang dibuat terhadap rakyat. Ini tidak baik bagi sesebuah negara demokratik kerana kita abaikan janji pada rakyat.”
Terdahulu, DAP Sabah mendakwa 7 Adunnya ditawarkan wang dan jawatan supaya berpaling tadah berikutan desas-desus kerajaan negeri akan jatuh ke tangan pembangkang.
Dua Adunnya, Jannie Lasimbang dan Calvin Chong dilaporkan berkata, laporan polis dibuat selepas mereka didatangi individu yang didakwa “ejen politik” daripada “pihak sebelah”.
PKR pula bertindak memecat Naib Ketuanya di Sabah dan Adun Inanam, Kenny Chua serta-merta yang dilihat menghadiri sidang media Musa untuk mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baru.
Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai lalu selepas dipersetujui Gabenor Juhar Mahiruddin untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari.
Itu lah Tun Mahathir Mohamed yang hebat berkata-kata namun lidahnya bak kata orang bercabang. Sudah ramai yang terkena.
Leave a Reply