Rasmi Bantuan Prihatin Nasional Dipercepatkan, Ini Yang Perlu Anda Tahu – Perdana Menteri

MALAYSIA: KUALA LUMPUR: Bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Januari ini, yang akan membabitkan 11.1 juta penerima dengan bayaran berjumlah RM2.38 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran fasa pertama akan membabitkan lebih lapan juta penerima.

“Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan menerima RM300 dan bagi kategori bujang yang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan, mereka akan menerima RM150,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), hari ini.

PERMAI: Pemandu teksi, bas, pemandu pelancong, e-hailing dapat bantuan RM500

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bantuan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta itu akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

Beliau juga mengumumkan, pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun, turut dipendekkan tempoh berkenaan kepada hanya lima tahun.

“Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.

“Sukacita dimaklumkan bahawa syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin ditingkatkan

KUALA LUMPUR: Pembiayaan maksimum Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin (SJPD) ditingkat kepada RM1 bilion berbanding RM500 juta sebelum ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, SJPD juga akan diperluaskan skop pembiayaannya kepada perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun.

Beliau berkata, penambahbaikan lain SJPD adalah membenarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang-kurangnya 75 peratus.

“Di bawah pakej PENJANA yang lalu, kerajaan mengumumkan SJPD bernilai RM50 bilion bagi menyokong sektor swasta terus berkembang dan merancakkan ekonomi negara.

“Kerajaan berharap penambahbaikan SJPD ini akan dapat menjana pertumbuhan sektor swasta dan juga mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan,” katanya ketika mengumumkan pakej bantuan PERMAI di sini hari ini.

#AKAN DIKEMASKINI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*