
MALAYSIA: Beberapa hari lepas kami ada menulis berkaitan dengan maklumat pengadu dibocorkan oleh PDRM seperti mana dakwaan yang dibuat oleh pemilik Hot Burger Malaysia Asri Janggut menerusi siaran langsung di facebook livenya sebelum ini.
Identiti pembuat Report didedahkan oleh Polis kepada pemilik pusat Jud1 ? WT F
Kecoh perkara ini apabila orang awam berasa seperti tidak selamat membuat laporan polis selepas dakwaan tersebut dibuat oleh pemilik HBM tersebut.
Berikut adalah repons daripada Ketua Polis Johor buat seluruh pegawai dan anggotanya mengenai perkara ini. Semua anggota dan pegawai polis Kontinjen Johor diingatkan supaya tidak sesekali membocorkan maklumat yang disalurkan orang awam.
Sebaliknya anggota dan pegawai perlu melindungi orang awam yang menyalurkan maklumat itu.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota atau pegawai yang cuba mendedahkan identiti maklumat peribadi orang awam boleh berdepan dengan tindakan tatatertib.
“Kalaulah ada kebocoran di pihak saya, yang pasti saya akan ambil tindakan dan saya telahpun mengambil tindakan kepada anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam membocorkan rahsia.
“Kalau tengok dalam konteks Op Benteng, 14 pegawai dan anggota polis saya tangkaap dan ada anggota polis Muar kita tangkap kerana bersekongkol dalam (sindiket) penyeeluudupan syaabu… jadi tindakan saya dah ambil.
“Saya nak bagi amaaran pada semua pegawai dan anggota polis Kontinjen Johor, kalau ada bukti mereka sekongkol bocorkan maklumat salurkan orang awam, tindakan tegas akan diambil,” ujar beliau.
Tambahnya, PDRM Johor tidak akan bertolak ansur pada mana-mana anggota mahupun pegawainya yang melanggar integriti kepolisian.
Beliau berkata demikian selepas mengetuai operasi pemantauan pusat hiburan sekitar Johor Bahru dan Seri Alam awal pagi tadi, bagi memastikan pusat hiburan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Seramai 68 individu telah diperiksa di tiga premis pusat hiburan di sekitar Johor Jaya dan pusat bandar raya.
Daripada jumlah itu, seorang individu yang juga merupakan pemilik premis dikenakan tindakan di bawah seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana mengajikan warga asing tanpa permit dan Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.
Leave a Reply