
MALAYSIA: Hari ini berlangsung pengundian dan pengiraan undi Pilihanraya Kecil (PRK) Slim. Nampaknya Barisan Nasional sekali lagi akan mendapat mandat dalam PRK apabila kini sedang mendahului dengan majoriti luar biasa.
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengesahkan setakat 7.45 malam ini, calon BN, Mohd Zaidi Aziz mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim dengan memperoleh majoriti 9,491.
Berdasarkan portal rasmi SPR, keputusan tidak rasmi menunjukkan Mohd Zaidi memperoleh keseluruhan 11,352 undi, manakala calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi beroleh 1,861 undi dan seorang lagi calon Bebas, S Sentharasekaran hanya mendapat 242 undi.
Terdahulu, setakat 3 petang, SPR memaklumkan sebanyak 60 peratus daripada 22,749 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab itu di 12 pusat mengundi Dun itu yang dibuka bermula 8 pagi sehingga 5.30 petang hari ini.
PRK Dun Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi, 43, dan dua calon Bebas iaitu peguam Amir Khusyairi, 38, yang mewakili Parti Pe j u a n g Tanah Air (Pej u a ng) serta bekas guru, Sentharasekaran, 44.
PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.
Mohd Khusairi dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004.
Pada PRU-14, beliau mempertahankan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
PRK SLIM UPDATE
HomeVideoTERKINI: BN mendahului dengan majoriti besar – Refresh untuk update terkini
TERKINI: BN mendahului dengan majoriti besar – Refresh untuk update terkini
by – Cinca on – 8/29/2020 06:33:00 Pm
8.30 malam – (TAK RASMI) Keputusan tidak rasmi di pusat daerah mengundi (PDM) membayangkan sejumlah pengundi Cina dan India yang menolak BN pada PRU 2018 membuat pilihan berbeza kali ini.
Ia jelas dilihat di Ladang Sungkai, PDM dengan majoriti pengundi India (83.56 peratus).
Pada 2018, 70.35 peratus pengundi di situ menyokong calon PH tetapi kali ini sejumlah 68.26 peratus pengundi memilih calon BN.
Sementara itu, keputusan di PDM Sungai Slim Utara membayangkan peralihan sokongan yang sama di kalangan pengundi Cina.
8.15 malam – (TAK RASMI) BN memang di kesemua 13 daerah mengundi dalam DUN Slim, selain undi pos dan undi awal.
Ini bermakna BN berjaya mengubah sokongan para pengundi di enam daerah mengundi yang dimenangi PH pada PRU 2018.
Ia juga membayangkan terdapat peralihan sokongan di kalangan pengundi bandar ketiga-tiga kaum utama.
Antara perubahan sokongan paling jelas adalah di Sungai Slim Utara, daerah mengundi dengan majoriti pengundi Cina (60.85 peratus).
Pada PRU 2018, BN hanya mendapat 17.85 peratus undi di situ tetapi kali ini meraih 61.28 peratus undi.
7.35 malam – Berdasarkan kiraan tidak rasmi, BN mendapat jumlah undi yang lebih besar berbanding gabungan undi PAS dan Umno pada PRU 2018.
Menurut kiraan, BN mendapat 84.37 peratus undi kali ini manakala gabungan undi yang diraih Umno dan PAS pada PRU lalu ialah 66.9 peratus.
7.20 malam – (TIDAK RASMI) : Mengikut kiraan tidak rasmi, BN memperoleh 9,980 undi dan memperoleh kemenangan berdasarkan perkiraan 73 peratus pengundi yang keluar mengundi.
Berdasarkan undian yang dikira setakat ini, BN sudah melebihi jumlah undi yang diterimanya semasa pilihan raya umum 2018.
Calon Pe ju ang, Amir Khusyairi pula memperoleh sekitar 13.5 peratus undi.
Sekiranya undi diterimanya di bawah 12.5 peratus, Amir akan hilang wang deposit. Sumber: https://cin-ca.blogspot.com
RESPON NAJIB
Cameron Highlands? Rakyat pilih BN. Semenyih? Rakyat pilih BN. Rantau? Rakyat pilih BN.Tanjung Piai? Rakyat pilih BN.Kimanis? Rakyat pilih BN.
Chini? Rakyat pilih BN.Hari ini, Slim juga pilih untuk bersama BN.Satu demi satu pilhan raya, bagaikan ujian litmus untuk parti-parti politik.
Tidak mudah. Pelbagai faktor dipertimbangkan dan menjadi penentu keputusan rakyat. Rekod pencapaian. Perkhidmatan kepada rakyat di kawasan setempat. Prestasi parti politik secara keseluruhan. Kestabilan dan persefahaman politik.
Janji atau manifesto. Calon. Di setiap pilihan raya ini, rakyat membuat penilaian sama ada mereka yakin terhadap BN atau PH/proksi PH. Keputusan dan suara rakyat jelas. Rakyat pilih BN. Lihat dari sudut lain, ini membawa isi hati dan mesej juga bahawa PH ditolak.
Warga pengundi Slim, terima kasih. Terima kasih kerana meneruskan momentum kebangkitan perju an gan rakyat bersama BN. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Mohd Zaidi Aziz, calon BN dan anak tempatan, agar terus berkhidmat untuk penduduk Slim.
Saya yakin perkhidmatan cemerlang arwah Dato’ Khusairi akan dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi oleh Mohd Zaidi.Kepada seluruh jentera PRK Slim. Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera Barisan Nasional, parti-parti komponen dan para penyokong yang telah berkempen sepanjang masa ini.
Sokongan padu MCA dan MIC jelas dengan sumbangan daripada golongan profesional dan muda kedua-dua komponen ini. Kepada Presiden Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, kepimpinan PAS dan jentera PAS yang turut membantu.
Terima kasih dan BN amat menghargainya. Sudah tentu, kehadiran pemimpin-pemimpin kanan PPBM juga.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kemenangan PRK Slim. Bermula dari Himpunan Ummah pada 2018, sehingga kemuncak termeterainya Muafakat Nasional pada 2019.
Muafakat Nasional sekali lagi menjadi pilihan rakyat. Barisan Nasional sekali lagi diberi keyakinan rakyat Genggamlah dengan erat. Kukuhkan kepercayaan ini. Berju a ng dan membela rakyat dengan keikhlasan.
Ingat. Kuasa tetap di tangan rakyat. Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!
Leave a Reply