Connect with us

Malaysia

Malaysia berkemungkinan berjaya putuskan rantaian CoV-19 tanpa Vaksin- Dr Noor Hisham

Published

on

Malaysia berkemungkinan berjaya putuskan rantaian CoV-19 tanpa Vaksin

MALAYSIA: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham mengatakan bahawa wujud kebarangkalian Malaysia mampu memutuskan rantaian CoV-19 tanpa menggunakan vaksin

Namun begitu, KP Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan garis panduan kesihatan awam yang ketat wajib dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia.

Perkarai ni dijelaskan oleh Dr Noor Hisham dengan mengambil contoh jangkitan melibatkan Sindrom Pernafasan AKut Teruk (SARS) dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah Mers-CoV yang sehingga kini tiada penawar atau vaksin.

Namun dengan menggunakan kaedah tindakan kesihatan awam, kita mampu membendung jangkitan SARS dan MERS-CoV di negara kita tanpa menggunakan vaksin. – jelas Dr Noor Hisham

Jadi tambahnya lagi, Malaysia berkemungkinan besar berjaya memutuskan rantaian penularan jangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa menggunakan vaksin. Namun kita semua harus sedar dan memainkan peranan masing-masing.

Rakyat wajib patuh dengan arahan dan garis panduan yang telah KKM tetapkan. Maka dengan itu kita akan berjaya mengawal penularan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jadi wahai rakyat Malaysia, patuhilah arahan yang telah diberikan oleh kerajaan dan KKM. Sentiasa amalkan kebersihan diri, jangan lupa jaga jarak sosial ketika berada di luar rumah.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular