“Bergolok gadai dengan pihak bank, surat merah sampai dan kereta kena tarik…” – Lisdawati

Pelakon Lisdawati mendedahkan dia pernah diuji tanpa sebarang tawaran lakonan selama empat tahun.

“Empat tahun Allah uji, macam-macam saya usaha sampai banyak air mata tumpah. Itu pengalaman yang berat buat saya.”

“Kalau ada selebriti kata bila memakai tudung kurang mendapat tawaran berlakon, saya menerima nasib sama tapi saya tak pernah patah semangat sebab sedar itu adalah ujian Allah.

Lisdawati juga berkata, ujian tersebut bukan sahaja memberi kesan kepadanya tetapi suaminya yang juga aktor Fauzi Nawawi.

“Bergolok gadai dengan pihak bank, surat merah sampai dan kereta kena tarik… Itu semua saya dan suami dah rasa.

Berita penuh mStar : https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/08/07/empat-tahun-tiada-tawaran-berlakon-lisdawati-terpaksa-gadai-barang-berharga-kereta-pula-kena-tarik

KOMEN NETIZEN :

Sekrg ni, hidup mereka pun dah selesa. Suami pun dah ada restoren besar yg dibuka dgn rakan kongsi. Kiranya, ibarat hidup mereka kini, selepas hujan ada pelangi…

Sabar akak Allah SWT bersama orang yang beriman rezeki Allah SWT atur semua kehidupan hambanya

Rumah besar mewah,anak2 dah besar yg bkeja xkn xmmbantu.suami msh ada job blkon kan.

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*