Bergaji RM1400 sebulan duduk di Kuala Lumpur sudah pasti akan membuatkan seseorang mempunyai masalah kewangan. Dengan kos sara hidup yang tinggi di kota raya itu akan membuatkan kesukaran golongan muda menyimpan duit.
Tetapi ia tidak mustahil untuk menyimpan apabila seorang lelaki berkongsikan tips dan cara bagaimana dia mampu untuk mengumpul duit kahwin sebanyak RM18,000.00 hanya dalam masa setahun di Kuala Lumpur dengan gaji kasar atau pendapatannya hanya sekitar RM1400 sebulan.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Luqman Afifi itu mengatakan bahawa RM1400 itu adalah secara kasar bulan bersih.
Ada masanya dia hanya mendapat RM1000, RM800 dan lain-lain. Bila tidak ada job siapa yang bagi duit katanya.
Tapi menurutnya lagi, bila kau rasa nak kahwin, nak atau tidak kena juga “push diri hang” bagi mencari duit hantaran dan sebagainya. Dan disebabkan itu, dia cuba mendapatkan sebanyak mungkin job editing yang dia boleh buat pada satu masa bila time ada job.
“Aku tidak memilih, job editing RM200 pun aku buat. Paling murah aku buat cuma RM50 Job Studen mana tah aku tak ingat. Siap kena pakai sofware After Effect lagi”
Buat 2 akaun bank
Menurutnya dalam membuat duit simpanan, dia telah membuat 2 akaun bank. Satu untuknya belanja dan satu lagi untuk simpanan, bagi bank simpanan dia meninggalkan kad ATM di kampung.
“Aku buat dua akaun bank yang mana satu untuk simpanan dan satu lagi untuk belanja. SEtiap kali aku dapat payment aku akan ambik 20% sahaja untuk duit belanja.”
“Dan selebihnya aku akan masukkan dalam bank yang aku tak pegang kad ATM tu. Waktu aku kumpul duit aku memang macam tak berdunia dengan orang.”
“Aku cuba untuk tolak jauh-jauh hiburan atau melepak yang boleh menghabiskan duit seperti air paip bocor” – Katanya
Sewa rumah ramai-ramai
Katanya lagi dalam mengurangkan duit menyewa rumah dia telah duduk rumah sewa satu rumah sehingga 9 orang yang mana membuatkan kos duit sewa bulanan akan berkurang.
“Aku tolak tepi sekejap tentang keselasaan. Tapi tidak lah sampai kau rasa tidak selesa langsung. Aku duduk 8-9 orang semua dengan kawan-kawan aku.”
“Jadi kami semua telah bersepakat untuk berkongsi RM10 ringgit dan masak. Sumpah aku cakap tiap hari masak laum sama sahaja. Nasi putih ayam potong masak sambal.”
“Kalau time tu rasa bosan kami akan masak telur. Itu sahaja kami makan asalkan kenyang. Itu pun belajar kat youtube, betterlah kan dari makan nasi bujang kan.?”
Katanya, kalau hang buat cara ini duit makan hang akan tersimpan banyak gila sebulan. Gentle aku cakap duit makan bulanan aku kadang RM100 sahaja termasuk duit minyak moto, pakai motor lah jimat banyak benda. Dan aku jenis tidak merokk so aku tak payah nak fikir macam mana nak keluarkan bajet untuk itu.
Akhirnya setahun berjaya kumpul RM18,000.00
Jadi yang ini depends on berapa hampa nak kumpul. Kalau untuk aku nak dekat setahun. Kalau hampa nak lagi banyak mula lah kumpul dari saat ini. Itu sahaja yang aku buat untuk kumpul duit kahwin.
Kalau nak lebih lagi roger nanti aku tambah. Aku doakan pada yang tengah struggle kumpul duit untuk kahwin agar urusan hang di permudahkan Amin. – Katanya.
Selain itu, beliau juga menasihatkan agar sentiasa berbincang dengan pasangan dan family mereka yang boleh menyenangkan banyak urusan bakal pengantin.