Benarkan warga China masuk semula – Ini keputusan Pakatan Harapan Sabah

Benarkan warga China masuk semula - Ini keputusan Pakatan Harapan Sabah

MALAYSIA: Kerajaan persekutuan tidak pernah mendapat makluman daripada negeri Sabah untuk membenarkan pekerja dari CHina masuk semula ke negeri itu ketika pintu masuk ke negara ini masih lagi ditutup kepada warga asing.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail sabri Yaakob. Menurutnya itu adalah tindakan yang diambil sendiri oleh kerajaan negeri tersebut.

“Tindakan yang dibuat itu oleh kerajaan negeri Sabah sendiri, saya percaya ia dilakukan sendiri tanpa membuat sebarang perbincangan dengan kerajaan Persekutuan” – Jelasnya dalam satu sidang akhbar

Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan menyatakan bahawa semalam kerajaan negeri memberikan kebenaran kepada warganegara luar termasuk China masuk ke Sbaah tanpa menjalani ujiab calitan (Swab test covd-19).

Namun perkara itu telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak yang masih lagi takut sekiranya negeri itu menerima ancaman gelombang kedua cov-19 berikutan keputusan tersebut.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menegaskan bahawa pada masa ini kerajaan masih lagi menutup pintu negara kepada pekerja asing, kecuali ekspatriat kategori EP1 (pengurusan tertinggi) yang tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.

MKN sedang berbincang benarkan Warga China masuk ke Malaysia semula

Kerajaan juga sedang membuat penelitian bagi membenarkan semula kehadiran warga asing dengan membuat kategori kepada penduduk negara luar. Baca laporan di atas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*