Baru beli 150 kerusi roda, Ebit Lew nak bagi ‘free’ kepada yang memerlukan

MALAYSIA: Siapa yang tidak mengenali pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew yang tidak henti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bersama teamnya iaitu Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

Beliau yang menjelajah seluruh negara telah menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak kira bangsa. Haiwan-haiwan di Zoo Negara turut dibantu apabila memberikan ratusan kilogram makanan bagi memastikan mereka tidak kelaparan.

Pohon doa urusan dipermudahkan

Sebentar tadi, menerusi media sosialnya, Ebit Lew telah memuat naik gambarnya bersama ratusan kerusi roda buat diagihkan kepada insan-insan kurang bernasib baik.


150 kerusi roda untuk diagihkan
Dalam perkongsian tersebut, beliau memohon agar orang ramai dapat mendoakan usahanya apabila baru sahaja membeli 150 kerusi roda bagi dihadiahkan kepada sesiapa yang memerlukan.

Ebit Lew meminta supaya mereka yang memerlukan untuk menghubungi Pertubuhan Kasih Umat Malaysia bagi mendapatkan kerusi roda tersebut secara percuma.

Posting yang baru sahaja dimuat naik kurang dari sejam itu bukan sahaja memperoleh lebih daripada 24 ribu tanda suka, bahkan turut dikongsi semula sebanyak ribuan kali mendapat serta ratusan komen di Facebook.

Masing-masing menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pendakwah terkenal itu kerana menyalurkan dana yang diproleh kepada insan-insan yang memerlukan dengan cepat dan pantas tanpa perlu sebarang prosedur.

Pohon doakan yer…Baru beli 150 kerusi roda untuk hadiahkan pada sesiapa yang memerlukan. Siapa perlu kerusi roda free, boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia 011 7078 7900. InsyaAllah Jika habis kami akan tambah-ebitlew

Sumber: Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*