BANTUAN STR 2025 : SEMAKAN STATUS FASA 2

BANTUAN STR 2025 : SEMAKAN STATUS FASA 2

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Baca juga : sumber info bantuan

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR

  1. ISI RUMAH
    • KAHWIN
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
    • Had umur adalah 21-59 tahun
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR

tarikh bayaran STR FASA 2 2025 belum diumumkan lagi.

SEMAKAN BANTUAN STR 2025

semakan sumbangan tunai rahmah (STR) 2025 boleh disemak melalui dalam talian, dan boleh mengikut cara-cara berikut :

Layari : Portal rasmi STR

  • laman web rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Log Masuk ke Akaun STR
  • Klik “Log Masuk MySTR”
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
  • Kata laluan yang telah didaftarkan
  • Jika anda belum berdaftar, anda hendaklah mendaftar terlebih dahulu dengan klik “PENDAFTARAN AKAUN”.
  • Setelah berjaya log masuk,
  • klik “Semakan Status”
  • Status kelayakan.
  • Jumlah bantuan yang layak diterima.
  • Tarikh pembayaran (jika telah diumumkan).
  • TARIKH PEMBAYARAN STR 2025
  • Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 akan dibuat secara berperingkat melalui empat fasa. Berikut adalah jadual tarikh pembayaran:
Fasa 129 Januari 2025
Fasa 23 April 2025
Fasa 329 Ogos 2025
Fasa 4Dijangka November 2025

*Tarikh ini tertakluk kepada perubahan dan pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Pembayaran boleh dibuat melalui pengkreditan ke akaun bank penerima atau secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak memiliki akaun bank.

TALIAN BANTUAN

Jika ada pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian bantuan MyKasih di (603) 7720 1800 atau melawat laman rasmi MyKasih.

Leave a Comment