BANTUAN SKAS 2025 : CARA MEMOHON BANTUAN SYUKUR

BANTUAN SKAS 2025: CARA MEMOHON BANTUAN SYUKUR

Bantuan SKAS 2025 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak untuk membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan asas harian mereka. Melalui program ini, bantuan akan disalurkan dalam bentuk baucar digital yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas seperti beras, tepung, minyak masak, dan gula.

BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARAWAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SKAS 2025

Untuk layak menerima bantuan SKAS 2025, individu perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Syarat Umum:
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  2. Kategori Penerima:
    • Isi Rumah:
    • Berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda dengan tanggungan.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
    • Tiada had umur.
  3. Warga Emas:
    • Bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda tanpa anak.
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.
  4. Bujang:
    • Bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda tanpa tanggungan.
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
    • Had umur 21-59 tahun.
    • Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.

KADAR BANTUAN

Bantuan SKAS 2025 diberikan mengikut kategori seperti berikut:

KATEGORIJUMLAH BANTUAN
Isi RumahRM800
Warga Emas tanpa pasangan dan anakRM400
BujangRM250

TARIKH PENYALURAN BANTUAN

Pembayaran SKAS 2025 dijadualkan bermula pada 18 Februari 2025. Bagi yang belum memohon, permohonan boleh dibuat bermula 1 Februari 2025 hingga 1 Jun 2025 untuk penerimaan seterusnya.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bantuan akan dikreditkan melalui baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S Pay Global (e-Dompet). Baucar ini boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas di kedai-kedai yang berdaftar. Pastikan akaun S Pay Global anda aktif dan maklumat peribadi dikemas kini untuk memastikan kelancaran penerimaan bantuan.

CARA MEMOHON

Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon secara dalam talian melalui portal rasmi SKAS. Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah sebelum membuat permohonan. Maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan semakan status kelayakan boleh didapati di laman web rasmi SKAS.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Bantuan SKAS 2025 anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Bantuan SKAS 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Di sini kami tegaskan bahawa pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan ini bagi memudahkan capaian orang ramai.

SKAS Sarawak

Pusat Talikhidmat: +6082-555999
e-Mel: 555999@sarawak.gov.my
S PAY GLOBAL

Pusat Talikhidmat: +6082-224599
e-Mel: customerservice@spayglobal.my

Leave a Comment