BANTUAN SARAWAK FEBRUARI 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN

BANTUAN SARAWAK FEBRUARI 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN

Sarawak Pay adalah aplikasi e-wallet yang telah menjadi platform pembayaran digital utama bagi rakyat Sarawak sejak dilancarkan pada November 2017.

Diperkenalkan oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA), tujuan utama pelancaran Sarawak Pay adalah untuk memacukan ekonomi negeri Sarawak melalui inisiatif ekonomi digital serta menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan rakyat Sarawak.

Dengan Sarawak Pay, penerima bantuan tidak perlu lagi mengunjungi kaunter atau pejabat kerajaan untuk mendapatkan bantuan tunai. Sebaliknya, mereka menerima kredit bantuan langsung ke dalam akaun Sarawak Pay mereka yang boleh digunakan untuk pembayaran barangan, bil, atau perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga berdaftar…

BACA JUGA : BANTUAN SKAS 2025

LANGKAH PENDAFTARAN SARAWAK PAY


Untuk mendaftar S Pay Global (dahulunya dikenali sebagai Sarawak Pay) bagi menerima bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS 2025), ikuti langkah-langkah berikut:.

  • Muat turun aplikasi S Pay Global dari Google Play Store atau App Store.
  • Buka aplikasi dan pilih “Register Now”.
  • Pilih kewarganegaraan anda (Malaysian atau Others).
  • Isi maklumat peribadi yang diperlukan dan tetapkan kata laluan.
  • Lakukan pengesahan identiti (eKYC):
  • Ambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan anda
  • Rakam gambar ‘selfie’ untuk pengesahan.
  • Sahkan nombor telefon anda:
  • Masukkan nombor telefon bimbit
  • Masukkan kod TAC yang diterima melalui SMS.
  • Tetapkan nombor PIN 6-digit untuk transaksi masa hadapan.
  • Selesai!

TRENDING SEKARANG : BANTUAN STR FASA 2 2025

KADAR BANTUAN SARAWAK FEBRUARI 2025

Setelah selesai mendaftar, akaun S Pay Global anda akan sedia untuk menerima bayaran SKAS 2025.

Bantuan SKAS akan dikreditkan ke dalam akaun S Pay Global anda bermula 18 Februari 2025. Nilai bantuan adalah RM800 bagi kategori isi rumah, RM400 bagi warga emas, dan RM250 bagi kategori bujang.

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan SKAS, iaitu rakyat Sarawak yang mempunyai kad pengenalan K, menetap di Sarawak, dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 Tahun 2024 berdasarkan maklumat LHDN.

TARIKH TUNTUTAN BANTUAN SARAWAK FEBRUARI 2025

Bantuan ini boleh dituntut pada bila-bila masa sepanjang tahun dan sah sehingga 31 Disember 2025.

LAPORKAN KESULITAN SECARA ONLINE

Tidak perlu keluar ke UTC atau kaunter Service Sarawak,a anda boleh laporkan masalah mengenai S PAY GLOBAL anda dengan imbas kod QR dan isi borang berikut.
https://snt.d-crown.com.my/dcrown/cats/home/change_request/

SENARAI KEDAI YANG BOLEH GUNAKAN SPAY

Penerima SKAS, kepada yang layak mendapat SKAS, berikut adalah link dan senarai Merchant / Kedai yang boleh guna S Pay Global / SarawakPay mengikut Daerah masing-masing.

Save siap-siap sebagai rujukan!

  1. Limbang
  2. Kuching
  3. Samarahan
  4. Serian
  5. Sri Aman
  6. Betong
  7. Sarikei
  8. Sibu
  9. Kapit
  10. Mukah
  11. Bintulu
  12. Miri

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mengetahuai info terkini dan maklumat lebih lanjut mengenai S Pay Global, termasuk cara untuk menjadi pengguna atau peniaga, anda boleh melawat laman web rasmi S Pay Global.

Atau, hubungi perkhidmatan pelanggan melalui email (customerservice@spayglobal.my) dan talian (082-22 45 99).

Leave a Comment