BANTUAN SABAH 2025 : SEMAK KELAYAKAN BANTUAN TERKINI
Berikutan harga barangan yang semakin hari semakin meningkat, Kerajaan sabah akan mengambil inisiatif yang juliung kalinya diperkenalkan itu adalah usaha bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini.
Hal ini berlaku kerana Sabah merupakan salah satu dari empat buah negeri yang mempunyai peratusan kemiskinan tegar yang tinggi melebihi paras nasional.
Kerajaan negeri telah memperkenalkan prorgam Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 bagi mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah.
Ikuti panduan dan info lanjut mengenai Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025.
Baca juga : SEMAKAN PLKN TAHUN 2025
IMPLIKASI DAN MATLAMAT BANTUAN
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) 2025 adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM300 kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan mereka akibat peningkatan kos sara hidup.
Bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada golongan miskin tegar dengan memberikan mereka sokongan kewangan yang diperlukan untuk menampung keperluan asas harian. Dengan sokongan ini, penerima juga diberi peluang untuk menyesuaikan diri dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan berusaha mencari cara untuk menambah pendapatan.
Program ini menunjukkan usaha kerajaan negeri untuk memastikan tiada rakyat yang tertinggal, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin mendalam. Meskipun bantuan ini hanya melibatkan sejumlah golongan terpilih, ia diharapkan akan memberi kesan yang signifikan dalam meningkatkan kualiti hidup mereka yang terjejas.
KADAR BANTUAN SABAH 2025
- Jumlah Bantuan: RM300 sebulan.
- Tempoh Bantuan: Setahun.
- Peruntukan: RM358.5 juta.
- Bilangan Penerima: 100,000 orang pada fasa pertama.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH
PERKARA | SYARAT |
---|---|
Status | Ketua isi rumah atau ahli keluarga yang tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin. |
Umur | 18 tahun ke atas. |
Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah. |
Alamat Tetap | Mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah. |
CARA PERMOHONAN
- Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM): Pemohon boleh mengunjungi pejabat UPPM di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan.
- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK): Pemohon juga boleh menghubungi atau mengunjungi JPKK di kawasan mereka untuk mendapatkan bantuan dan panduan berkaitan proses permohonan.
- Ketua Kampung: Ketua kampung di kawasan masing-masing juga boleh membantu dalam proses permohonan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah (SYUKUR), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.