BANTUAN MYKASIH RM200 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMAAN BANTUAN

BANTUAN MYKASIH RM200 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMAAN BANTUAN

Melalui kerjasama antara kerajaan dan MyKasih Foundation, penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut berpeluang untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih di Pasaraya terpilih dengan menggunakan MyKad dengan bayaran sehingga RM200 sebulan.

Bagaimanakah bantuan mykasih rm200? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : BANTUAN SARA HIDUP 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH RM200

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

CEK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  1. Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  2. Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  • ayari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  • Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  • Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Semakan Permohonan
  • Maklumat Pembayaran
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  • [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  • Selesai.

JADUAL TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH KE DALAM MYKAD

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARANTARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
Berstatus Miskin & Miskin Tegar
Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Bulan Januari :
15 Januari 2025

Bulan Februari:
Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Penerima Bantuan STR SAHAJA

(BUKAN berstatus eKasih)
Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 9 Bulan)
Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan

JUMLAH BANTUAN MYKASIH RM200

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih

KATEGORI PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN
(RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan

(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang

(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600

Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)

KATEGORI PENERIMA STR
(Bukan e-Kasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN
(RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
Sebulan
RM 900
Warga emas tiada pasangan

(Setiap Individu)
RM 50
Sebulan
RM 450
Bujang

(Setiap Individu)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

KAEDAH PENYALURANNEGERI PENERIMA
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan

RUJUKAN

ebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan MYKASIH RM200, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
e-Mel : info@mykasih.com

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara


Leave a Comment