Disebabkan Bantuan Kewangan Kerajaan, Rakyat Sayang Perdana Menteri

MALAYSIA: Semenjak Perikatan Nasional mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan daripada Pakatan Harapan, pelbagai masalah mereka hadapi terutama untuk melalu situasi pandemik cov-19 yang melanda seluruh dunia.

Ini membuatkan negara terus terhimpit dengan masalah ekonomi yang digembar gemburkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum itu. Sekiranya di dalam kerajaan Pakatan Harapan pelbagai bantuan sudah mula disekat dan pembangunan ekonomi seperti projek ERCL dibehentikan kerana tidak menguntungkan negara.

Ketika Perikatan Nasional mengambil alih, kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti mampu berbelanja mewah untuk rakyat Malaysia.

Pelbagai insentif dan bantuan diberikan oleh kerajaan ini adalah untuk membantu kewangan rakyat.

Pakatan Harapan hanya mampu membelanjakan lebih kurang RM450 juta bagi membantu rakyat dengan RM30 yang disalurkan melalui e-wallet dengan harapan masyarakat Malaysia membudayakan pembelian secara digital.

Itu sahaja antara bantuan yang sempat dibayar oleh kerajaan Pakatan Harapan buat rakyat.

Manakala Perikatan Nasional berbelanjakan berbillion duit negara untuk membantu rakyat. Pelbagai bantuan diberikan oleh kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional yang diberikan kepada golongan sasaran bagi meringankan beban kewangan mereka ketika menghadapi pandemik cov-19 yang memaksa lebih 90% sektor terpaksa dihentikan beroperasi ketika itu.

Kerajaan PN juga memberi pelbagai insentif kepada peniaga kecil atau peniaga bagi membantu mereka dalam membayar gaji pekerja dan memastikan perniagaan mereka tidak terus gulung tikar ketika cov-19 melanda.

Adakah ini sebab rakyat sayang Muhyiddin Yassin

Jadi timbul persoalan di benak pemikiran segelintir warga maya adalah kerajaan Muhyiddin Yassin ketika ini disayangi kerana kerajaan ini banyak memberi bantuan kepada rakyat ?

Jika dilihat ada benarnya tetapi bukan itu sahaja penyebab Tan Sri Muhyiddin Yassin disayangi oleh rakyat, tetapi sikap dan cara beliau itu membuatkan rakyat menyukai dan menyenanginya sebagai Perdana Menteri. Beliau merupakan PErdana Menteri yang paling tidak sibuk dengan politik.

Jika kita lihat lebih daripada 95% apa yang diucapkannya tidak membawa kepada agenda berpolitik. Beliau sangat professional sebagai Perdana Menteri menyantuni rakyat tidak kira berbeza pandangan politik.

Jadi ini antara sebab mengapa beliau sangat disenangi sebagai Perdana Menteri.

Bukan sahaja kerana bantuan kewangan yang diberikannya kepada rakyat tetapi bagaimana cara beliau dalam membuat keputusan dalam membantu dan mendahului rakyat daripada bermain dengan politik. – WargaMaya

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’