
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkkan ke RM1,000.
Katanya cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.
“Saya tahu cakap (kenyataan) saya ini mempunyai implikasi besar, but I don’t care (tapi saya tidak peduli).
“What is important is the livelihood of our people down there (Yang penting ialah mata pencarian rakyat di akar umbi) … they have suffered for a long time (mereka menderita sejak sekian lama),” katanya pada majlis perjumpaan bersama pimpinan masyarakat, di Sandakan hari ini.
Muhyiddin berkata usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.
Beliau juga meluahkan rasa sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara telah lama merdeka.
“Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup.
“Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera,” katanya.
Muhyiddin kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah, bermula semalam.
Umum RM250 billion bantu rakyat
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wab4k CoV-19.
Jelas beliau, daripada jumlah yang diumumkan itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Jumlah itu adalah tambahan sebanyak RM20 bilion lagi telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
“Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada anda semua.
“Pakej Prihatin ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan.
“Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang. Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini.
“Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” katanya ketika membentangkan pakej tersebut yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen di sini hari ini.
Menerusi teks ucapan setebal 16 muka surat itu, Muhyiddin berkata, keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan w4baak CoV-19.
“Bagi meningkatkan lagi keupayaan KKM, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi CoV-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta,” ujar beliau.
Muhyiddin yang mengambil masa kira-kira 40 minit membaca teks ucapan tersebut memaklumkan bahawa langkah yang telah diperkenalkan dalam pakej itu bertujuan untuk memastikan aktiviti ekonomi negara berterusan, terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan Prihatin Nasional.
“Kerajaan turut memberi tumpuan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan,” kata perdana menteri.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pakej Prihatin merupakan manifestasi kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan akan membuat suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion untuk membantu mengurangkan beban rakyat dan pemilik perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi yang sukar ini.
“Strategi dan langkah yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan kepada keupayaan fiskal semasa dan ketersediaan mudah tunai pasaran kewangan domestik yang mencukupi,” ujarnya.
Tambah beliau, kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskal mempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan operasi.
“Hampir semua langkah ini adalah secara one-off supaya tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana. Langkah ini penting untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutang negara sentiasa mampan.
“Sehubungan itu, Kerajaan perlu kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dalam jangka masa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal untuk jangka masa panjang,” kata beliau.
Selain itu, Muhyiddin juga telah mengarahkan semua kementerian mengkaji semula belanjawan masing-masing untuk mencari penjimatan agar ianya dapat digunakan untuk menampung langkah-langkah jangka sederhana bagi menangani w4b4k v1rvs itu.
“Saya juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) untuk memastikan pakej Prihatin bernilai RM250 billion ini sampai kepada saudara dan saudari semua dengan cepat.
“Saya tahu saudara-saudari yang berada di rumah-rumah panjang di Sarawak, di penempatan orang asal, di kawasan- kawasan yang jauh di pedalaman di segenap ceruk rantau negara ini, mungkin bimbang bantuan yang disediakan oleh kerajaan lambat sampai,” ujar beliau.
Untuk itu, katanya, Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, khususnya di Sabah dan Sarawak, untuk pastikan semua bantuan yang disediakan oleh kerajaan sampai dengan cepat.
Kerajaan Tak Boleh Tunggu Bantu Rakyat
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengambil tindakan segera dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan dengan w4b4k koronav1rvs (CoV-19) tanpa membentangkannya di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana rakyat perlu dibantu segera dalam tempoh sukar tersebut.
“Kerajaan tiada pilihan, malah saya sendiri berpendapat tindakan segera mesti diambil walaupun sebelum sesi Parlimen bermula.
“Tuan Yang Dipertua kena tahu ramai rakyat menunggu, kita tidak boleh tunggu sesi Parlimen ini. Dia (rakyat) hendak sekarang, bantuan disampaikan sekarang, mereka hadapi kesukaran sekarang, institusi dah runtuh sekarang kebanyakan perniagaan tidak boleh dilaksanakan.
“Jadi, walaupun begitu saya faham tugas ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab (persoal tindakan kerajaan) tetapi tugas kerajaan adalah menentukan rakyat mesti dibela,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH- Port Dickson) yang mahukan penjelasan berhubung tindakan kerajaan tidak membentangkan terlebih dahulu pakej rangsangan ekonomi itu.
– Bernama
Leave a Reply