BANTUAN AIDILFITRI 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN TERIMA ATAU TIDAK

BANTUAN AIDILFITRI 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN TERIMA ATAU TIDAK

Berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Namun, terdapat segelintir rakyat Malaysia masih belum berkemampuan membuat persiapan untuk perayaan Aidilfitri. Oleh itu, inisiatif bantuan tunai diberikan secara sekaligus bakal dilaksanakan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan Raya Aidilfitri? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : PENGELUARAN KHAS KWSP 2025

JUMLAH BANTUAN AIDILFITRI 2025

Berikut merupakan kadar agihan Bantuan Raya kepada penerima yang layak :

  • Cara agihan adalah secara sekaligus (one-off) terus kepada penerima sebanyak RM300 setiap ketua isi rumah.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI 2025

Hanya individu yang memenuhi syarat berikut akan menerima Bantuan Raya RM300 :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ketua Isi Rumah (KIR) berpendapatan tidak melebihi RM2,500 termasuk gaji pokok dan semua elaun tetap;
  3. Merupakan Rakyat Terengganu;
  4. Menetap dan beralamat di Negeri Terengganu;
  5. Pengundi berdaftar di Terengganu;
  6. Berdaftar dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU).

SENARAI PEKERJAAN YANG LAYAK MENERIMA

Berikut merupakan jenis pekerjaan yang layak dan tidak layak menerima Bantuan Raya :

  1. Peniaga Berlesen :
    • Peniaga berlesen yang berpendapatan bulanan di bawah RM2,500 yang disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) akan layak menerima bantuan.
  2. Penjawat Awam :
    • Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak menerima bantuan.
  3. Pekerja Tanpa Slip Gaji :
    • Bagi pekerja tanpa slip gaji layak sekiranya mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.

BILA TARIKH PEMBERIAN DAN PERMOHONAN

Untuk tarikh agihan dan permohonan Bantuan Raya pada tahun 2025 masih belum diumumkan secara rasmi oleh Pihak berwajib.

*Nota : Segala maklumat di atas adalah berdasarkan bantuan yang dilaksanakan pada tahun lalu. Sekiranya bantuan ini diteruskan pada tahun ini, ikuti panduan permohonan lengkap cara permohonan seperti di bawah.

CARA MEMOHON BANTUAN RAYA AIDILFITRI

Ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu : https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada pilihan [Daftar] untuk [Pendaftaran Baharu].
  3. Isikan maklumat peribadi seperti [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] pilihan dengan lengkap dan tepat untuk pendaftaran.
  4. Seterusnya, [Log Masuk] Sistem dengan menggunakan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang didaftar.
  5. Seterusnya, lengkapkan [Maklumat Profil] seperti Maklumat Peribadi, Tanggungan, dan Pendapatan dengan tepat.
  6. Muat Naik Dokumen Sokongan Permohonan seperti Salinan Kad Pengenalan dan Slip Gaji atau Surat Akuan Pendapatan.
  7. Semak dan Hantar.
  8. Cetak Salinan dan Simpan Salinan Permohonan untuk Rujukan.
  9. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Setelah permohonan diisi, pemohon perlu mengepilkan bersama dokumen sokongan berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan;
  • Dokumen tambahan bagi peniaga kecil tanpa slip gaji yang disahkan oleh JPKK.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Raya seperti berikut :

  • Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu : https://ibantuan.terengganu.gov.my/
  • Masukkan [Nombor Kad Pengenalan].
  • Isikan [Kata Laluan] yang telah didaftar untuk Log Masuk Sistem.
  • Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  • Klik pula butang [Maklumat Status Penerima] akan dipaparkan.
  • Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Raya (Terengganu), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

https://ibantuan.terengganu.gov.my/.

Leave a Comment