Sisa hidup saya untuk bantu Agama dan Bangsa – Tun Mahathir

MALAYSIA: SLIM RIVER – Berikut kami kongsikan kepada anda ucapan Mahathir pada 12 ogos yang lalu. Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap sisa-sisa hidupnya yang kini sudah berusia 95 tahun adalah untuk membantu bangsa dan negara.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu juga sedar pada umur sedemikian, beliau sepatutnya sudah bersara.

Namun jelas bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, beliau melihat banyak perkara yang tidak berlaku ketika ini hingga ada pihak yang meminta pertolongannya.

“Orang minta tolong, tak kan tidak tolong. Sisa yang ada untuk bangsa dan negara.

“Hendak dapat pangkat dan wang semua sudah ada. Kalau orang minta tolong, kalau tidak tolong tidak baik. Sebab itu saya ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas majlis memperkenalkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Taman Slim Permata di sini malam ini.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Mahathir turut mengumumkan nama parti baharunya adalah Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan berdama bekas lima lagi ahli Parlimen Bersatu dengan menamakan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon mereka atas tiket bebas.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Marzuki Yahya.

Hadir sama adalah pemimpin dari parti komponen Pakatan Harapan seperti Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. – MalaysiaGazette

Bantu ahli keluarga dahulu

Selepas artikel ini dimuat naik semula di laman sosial ramai yang berpendapat bahawa Tun Mahathir sepatutnya membantu dan memperbetulkan semula ahli keluarnya yang dilihat semakin jauh dengan agama.

Ini selepas cucunya disahkan ditahaan dan dikompoun selepas didapati bersaalah melanggar PKPP. Cucunya tersebut dikatakan maabvuk ketika ditahan oleh pihak berkuasa.

Tun Mahathir yang kini bergerak di bawah payungan P E J U A N G masih lagi tidak memberi keputusan sama ada bersama Pakatan Harapan atau bergerak bersendirian.

Related Posts

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta. Kata Adnan atau mesra disapa…

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan pada…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Tiada Rumah, Kereta Jadi Tempat Tinggal..Anggap Proses Belajar Selepas Cerai Dua Isteri

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat doktor bersalin secara pembed4han

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Suami tak geli cuci ‘perut’, siap pembedahan, Ieda Moin buat pendedahan mengejut

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Bukan Raja Azura yang nikah, sekali kerabat raja bongkar hal sebenar

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

Ramai kena ‘prank’..rupanya bukan Raja Azura yang nikah

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’

[VIDEO] Selepas 14 Tahun, Raja Azura Kembali Bergelar Isteri? – ‘Daripada Sendirian, Kini Telah Berdua’