
MALAYSIA: 19: Pakar kesihatan awam, Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata situasi di Sabah tidak ubah seperti ‘bom jangka’ yang akan meletus sekiranya pilihan raya negeri (PRN) diteruskan memandangkan negeri itu sudah dikesan mempunyai tujuh kluster dan jangk1tn juga sudah melepasi generasi.
Beliau berkata, terdapat dua pilihan yang boleh dilakukan kerajaan ketika ini iaitu menangguhkan pilihan raya atau melakukan undian secara pos atau dalam talian untuk mengelakkan jangk1tn CoV-19 semakin buuruk.
“Tetapi bagi saya, jalan terbaik adalah orang awam tidak keluar rumah dan penangguhan PRN adalah salah cara yang perlu dipertimbangkan memandangkan wabak hari ini dikesan tidak mempunyai simptom.
“Kebimbangan utama saya adalah mereka yang dijangk1iti tidak sak1it atau mempunyai simptom.. mereka inilah adalah pembawa. Apabila bercampur di pusat undi, bayangkan berapa ramai akan dijangk1iti,” katanya hari ini.
Penangguhan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah adalah jalan terbaik untuk mengelakkan situasi C0VID-19 bertambah buuruk memandangkan jangk1tn pandemik di negeri itu semakin membimbangkan.
Mengulas lanjut, Dr Sharifa Ezat menjelaskan, kerajaan boleh mengadakan PRN namun perlu sedar tahap kekuatan untuk mengekang wabak ini daripada terus merebak.
“Jika pilihan raya secara tradisional dilakukan, adakah mampu untuk mengawal orang awam kerana dalam setiap dewan perlu memastikan tidak ramai orang ada, mungkin 10 sahaja termasuk pengundi dan kakitangan.
“Mungkin di dalam dewan atau pusat mengundi boleh dikawal tetapi sekiranya di luar dewan, orang datang bepusu-pusu bagaimana mahu memastikan mereka mengikuti kawalan itu. Aktiviti mengundi ini membabitkan orang awam di seluruh negeri, cukupkah tenaga kerja untuk mengawal semua mereka,” katanya.
Tambahnya, isu-isu kecil juga harus dipandang secara serius dalam mengawal jangk1tan ini contohnya seperti penggunaan pen untuk memangkah serta bas yang membawa orang mengundi.
“Setiap aktiviti keluar masuk di pusat undi perlu dikawal sepenuhnya, oleh itu masa juga akan bertambah. Jika sebelum ini pusat undi biasanya ditutup lewat petang, mungkin ia akan berlarutan sehingga lewat malam atau mungkin berhari-hari kerana kawalan itu perlu dilakukan dengan rapi,” katanya.
Dr Sharifa Ezat juga meminta kerajaan memberi perhatian khusus terhadap mereka yang pulang mengundi dan datang dari daerah yang berisiko tinggi seperti Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.
“Tiga daerah ini mencatat jumlah jngkitan paling tinggi di Sabah dan sekiranya adalah tinggal dan bekerja di kawasan berisiko ini, pulang ke kampung di daerah lain untuk mengundi, apa risiko yang akan berlaku khususnya apabila bertemu dengan golongan berusia dan berisiko. Ini semua perlu difikirkan dalam tempoh ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, isu lain yang perlu dititik beratkan kerajaan ketika ini adalah mengenai kemampuan kerajaan untuk menghadapi risiko jngkitan besar-besaran termasuk persediaan kakitangan kesihatan dan kakitangan awam lain di Sabah.
Sementara dalam perkembangan lain, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, mereka yang positif dan sedang dirawat di hospital tidak dibenarkan mengundi.
“Kita tidak mahu ada kluster mengundi,” katanya pada sidang akhbar.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), menyarankan SPR menyediakan ruang dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pesaakit CoV-19 mengundi pada pilihan raya itu.
Hari ini berlangsung pengundian awal bagi PRN Sabah dan seramai 16,877 individu terdiri daripada anggota polis, tentera dan pasangan mereka layak menunaikan tanggungjawab masing-masing di 55 pusat mengundi di seluruh negeri.
CoV-19 masih terkawal, tak perlu tunda pilihanraya
Kuala Lumpur: Individu yang pulang dari Sabah termasuk selepas menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) digalakkan menjalani ujian saringan CoV-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu bergejala perlu mendapatkan rawatan segera manakala tidak bergejala juga perlu menjalani ujian saringan CoV-19.
“Setakat ini, pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah mereka yang kembali dari Sabah kalau mereka bergejala diwajibkan datang ke hospital untuk saringan.
“Tapi mereka tidak bergejala pula kita menggalakkan mereka menjalani ujian CoV-19,” katanya ketika sidang media di Putrajaya di sini, tadi.
Ditanya sama ada KKM mungkin menyarankan PRN Sabah ditunda jika kes jangk1itan CoV-19 terus meningkat di negeri itu, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya memantau rapat dan setakat ini situasi terkawal.
“Apa yang penting adalah semua pihak mesti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, jadi kita akan dapat elak penularan wabak itu.
“Jika kita patuh kepada penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka kita dapat mengawal penularan sebanyak 856 peratus,” katanya.
Beliau berharap kes jangk1itan di negeri itu dapat dikawal dengan baik semasa dan selepas PRN.
Leave a Reply