Anggota Polis baru balik bertugas ᴍᴀᴜᴛ dirmpuh Pemandu ᴍᴀʙᴜᴋ

MALAYSIA: Kluang: Seorang anggota polis ᴍᴀᴜᴛ selepas motosikal ditungganginya dirempuh kereta yang dipandu lelaki dipercayai ᴍᴀʙᴜᴋ di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Hing, di sini, semalam.

Dalam kejadian 10.25 malam itu, Lans Koperal Bradford Bernard, 28, yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mngsa baru sahaja selesai tugas kawalan keselamatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam sebelum pulang ke IPD Kluang.

“Hasil siasatan mendapati, pemandu kereta Mercedes-Benz hilang kawalan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggangi mngsa menyebabkan anggota polis itu parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Susulan itu, polis menahan pemandu kereta berkenaan yang berusia 58 tahun dan hasil saringan ujian nafas mendapati lelaki itu positif alkohol melebihi had ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 420 Kanun Kesksaan.

“Suspek ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*