
MALAYSIA: Suspek Macau Scam, Goh Leong Yeong@Alvin yang melarikan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya akhirnya diberkas polis selepas 15 hari diburu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan bersama seorang wanita di sebuah hotel di luar Lembah Klang kira-kira jam 1 pagi tadi.
“Alvin yang berstatus ‘wanted’ akan disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Juudi Terbuka 1953.
“Selepas tindakan itu diambil, dia (Alvin) akan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenyah 1959 (POCA),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Tambahnya, status wanita yang ditahan bersama suspek juga akan disiasat.
Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan polis sedang memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM kerana terlibat dengan kes Macau Scam.
Suspek utama itu dikatakan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.
Polis buru Datuk Seri larikan diri
Sebelum ini, Polis memburu suspek utama sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.
Menurut sumber, lelaki itu sepatutnya turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan juudi dalam talian.
“Suspek dipercayai bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.
“Polis hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini
Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini sedang mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.
Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid memaklumkan, polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan juudi dalam talian.
Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.
Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan perintah reman, namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perjuudian di Cheras.
“Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjuudian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.
“Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.
Terdahulu media melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan juudi dalam talian.
[DIKEMASKINI] Addy Kanna, Leong Yeong ejen Macau Scam: PDRM
Polis mengesahkan dua individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram baru-baru ini berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan kepada sindiket peniipuan yang menyasarkan rakyat China.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan mendapati, dua lelaki terbabit iaitu Addy Kanna dan seorang lelaki dikenali sebagai Goh Leong Yeong@Alvin diupah untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan yang dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet di negara ini.
“Pusat panggilan yang beroperasi di unit kediaman mewah dan pejabat itu menjalankan operasi harian dengan menyasarkan rakyat di China sebagai mangsa aktiviti perjuudian, peniipuan pelaburan mata wang asing (Forex) dan peniipuan pembelian barang serta tuntutan barang seperti scam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, dakwaan pihak tertentu mengaitkan kegiatan peniipuan dalam talian di negara ini dengan dua individu terbabit adalah tidak tepat.
“Kegiatan peniipuan dalam negara dilakukan sindiket peniipuan lain. Dakwaan pihak tertentu yang menganggap kegiatan peniipuan dalam talian di negara ini membabitkan dua individu itu adalah tidak tepat,” katanya.
“Dakwaan mengatakan Addy Kanna akan dibebaskan juga tidak tepat kerana individu itu sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jnyah (POCA) bersama dua lagi individu.
“Kita juga masih mengesan Alvin yang melarikan diri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbualan telefon melibatkan sindiket peniipuan dalam talian oleh seorang lelaki yang mendakwa ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna yang tular sejak minggu lalu.
Menerusi perbualan yang direkod selama 13 minit 34 saat, lelaki itu mendakwa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.
Pada awal perbualan, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah yang mendakwa mangsa ada membuat penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.
Bagaimanapun, mangsa dapat menghidu taktik lelaki itu yang meniipunya dan memberikan butiran peribadi yang tidak tepat sehingga menimbulkan kemarahan lelaki berkenaan.
Kedua-duanya mula berbual secara baik selepas mangsa meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba meniipunya secara dalam talian atau Macau Scam.
Lelaki itu turut menjelaskan kegiatan peniipuan yang dijalankan rangkaian mereka menjana pendapatan lumayan sehingga puluhan dan jutaan ringgit kerana sikap mangsa yang tidak berhati-hati.
Sementara itu, Huzir berkata, pihaknya akan mendedahkan butiran kegiatan peniipuan oleh dua individu tersebut dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.
Leave a Reply