Alhamdulillah Bob Lokman Selamat

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Pelakon, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman selamat menjalani pembe dahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jan tungnya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) semalam.

Menurut rakannya, Mohammad Abdullah, 58, keadaan Bob, 56, kini stabil dan dirawat di Unit Rawatan Koronori (CCU) hospital berkenaan.

“Alhamdulillah, saya diberitahu oleh isterinya, Bob berada dalam keadaan stabil, mungkin sedikit lemah kesan bius.

“Selesai pembeda han pukul 2.30 petang semalam, beliau terus dimasukkan di CCU HSB untuk pemantauan,” katanya memetik laporan Utusan Online di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum pembeda han tersebut, Bob sempat memaklumkan bahawa beliau ingin berehat beberapa hari sebelum bertemu dengan pelawat.

“Dia kata nak rehat lima hari sebelum jumpa sesiapa,” katanya.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman, sebelum ini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi jan tung.

Menurutnya, Bob yang mempunyai masalah jan tung sejak 1998 dimasukkan ke HUSM setelah mengadu sa kit dada. – MalaysiaGazette

Ustaz Ebit Lew bersama Bob Lokman

Ustaz,tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.

Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Kubang Kerian Kelantan ziarah Bob Lokman. Saya balik petang ini. Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembeda han jan tung esok.

Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.

Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya.

Bob Lokman menangis jer tadi.

Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang bob lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*