“Jika tidak berjaya, Aku Reda dan Hanya Pohon Syurga untuk mu”, Kata Ibu Faqish Aryan

Jika tidak berjaya, Aku Reda dan Hanya Pohon Syurga untuk mu, Kata Ibu Yuslin Affiq

MALAYSIA: Kuala Lumpur: “Ya Allah, ku pohon padamu agar engkau mudahkanlah pembeedahan ini esok.

“Seandainya pembeedaahan tidak berjaya, aku reda, namun ku pohon rahmat dan kasih sayangmu agar diberi kesembuhan buat anak tersayang,” demikian doa seorang ibu, Fatin Nabilah Ab Aziz.

Dia dan anaknya Mohamad Faqish Aryan Mohamad Yuslin Affiq, 1, akan menjalani pembeedaahan pemindahan hati awal pagi esok yang dijadualkan berlangsung selama 13 jam, satu detik sangat mendebarkan buat dirinya dan keluarga.

Ini kerana keadaan anaknya yang dipanggil Baby Aryan itu semakin lemah dan ditempatkan Unit Rawatan Rapi Pediatrik sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak semalam untuk menstabilkannya sebelum menjalani pembeedhan.

Katanya, selepas sekian lama mendapatkan rawatan akibat Biliary Atresia sejak kecil, pembedahan itu akan menentukan nasib anaknya itu.

“Saya mengharapkan rakyat Malaysia yang mengetahui kisah ini mendoakan kesihatan kami dan kejayaan pembedahan ini.

“Keadaan Baby Aryan semakin lemah menyebabkan pakar terpaksa meneruskan pembedahan ini atau kami akan berdepan keadaan lebih buruk.

“Jika ditakdirkan tidak berjaya, saya reda kerana saya sudah berikhtiar yang terbaik untuk mengubati penyaakiitnya. Hanya Allah yang tahu betapa saya sangat sayangkan dia,” katanya.

Harian Metro 18 Oktober lalu melaporkan, Fatin Nabilah sanggup mendermakan sebahagian kecil daripada hatinya kepada Baby Aryan sebagai jalan terakhir untuk melihat anaknya itu kembali sembuh.

Katanya, keputusan itu dibuat demi menyelamatkan anaknya itu agar dapat meneruskan kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain.

Keluarganya juga mengadakan solat hajat dan doa selamat di kampungnya di Jalan Bayam Kota Bharu, Kelantan serta rumah saudaranya di Ampang malam ini.

Sebelum ini, dia dan suami buntu mencari baki RM12,000 untuk menampung kos pembeedaahan berkenaan.

Bagaimanapun, ramai penyumbang tampil menghulurkan bantuan termasuk mendoakan kesihatan dua beranak terbabit.

‘Ambillah hati ibu nak…’

Kuala Lumpur: “Baby Aryan, ambillah hati ibu nak.” Itu pengorbanan Fatin Nabilah Ab Aziz untuk anaknya, Mohamad Faqish Aryan Mohamad Yuslin Affiq yang berusia setahun yang menghidap Biliary Atresia sejak kecil.

Pada 4 November ini, Fatin Nabilah, 26, akan mendermakan sebahagian kecil daripada hatinya kepada anak tercinta yang kini semakin lemah dan memerlukan pembeedaahan segera.

Katanya, keputusan untuk berkongsi hati itu dibuat sejak anaknya itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara beberapa bulan lalu.

“Saya tidak sampai hati melihat keadaannya. Dia boleh pengsan jika tidak minum susu selama setengah jam.

“Perutnya semakin membesar dan dia semakin lemah. “Memang ada yang sudi dermakan, tetapi biarlah badannya menerima hati daripada darah daging sendiri, doktor turut mengatakan itu lebih baik,” katanya kepada Harian Metro.

Fatin Nabilah yang tidak bekerja mengharapkan orang ramai menghulurkan bantuan untuk membiayai kos perubatan berkenaan.

Katanya, dia memerlukan RM12,000 lagi untuk menampung rawatan keseluruhan bernilai RM120,000.

“Setakat ini, saya hanya bergantung kepada bantuan orang ramai yang simpati dengan keadaan anak saya.

“Saya tidak bekerja manakala suami hanya bekerja sendiri. Simpanan sedia ada pun sudah habis saya gunakan sepanjang berada di hospital untuk pemantauan sejak dua bulan lalu,” katanya.

Dia turut berkongsi kisah anaknya itu di Facebook sehingga mengundang simpati rakan serta kenalan yang turut membantu mendapatkan dana.

Katanya, dia berdoa supaya pembeedaahan itu berjalan lancar dan anaknya itu dapat hidup normal seperti orang lain.

Orang ramai yang menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Bank nombor 7611143446 atas nama Fatin Nabilah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*